Walter Frederick "Fritz" Mondale (5 Januari 1928 – 19 April 2021) ialah seorang ahli politik Amerika yang merupakan Naib Presiden Amerika Syarikat ke-42 dari tahun 1977 hingga tahun 1981 di bawah pentadbiran Presiden Jimmy Carter.[1] Beliau ialah seorang Senator Amerika Syarikat dari Minnesota. Mondale telah dilantik oleh Presiden Bill Clinton untuk memegang portfolio Duta Amerika Syarikat ke Jepun yang ke-24. Mondale ialah calon presiden untuk Demokrat pada tahun 1984. Tetapi, beliau tewas kepada Ronald Reagan, calon Republikan. Mondale merupakan Naib Presiden yang pertama untuk mempunyai pejabat. Beliau membuat peranan Naib Presiden lebih penting daripada terdahulu.
Mondale dimasukkan ke hospital akibat penyakit influenza di Klinik Mayo, Rochester, Minnesota, pada bulan Mac 2015.[2] Pada 19 April 2021, beliau meninggal dunia pada usia 93 tahun.[3]
Rujukan
Lihat juga