Vietnam telah bertanding di Sukan Olimpik Musim Panas 2020 di Tokyo. Kejohanan ini pada asalnya dijadualkan berlangsung dari 24 Julai hingga 9 Ogos 2020, tetapi ditangguhkan ke 23 Julai hingga 8 Ogos 2021 akibat pandemik COVID-19.[1] Ini merupakan penyertaan kesepuluh negara di Olimpik sebagai republik yang disatukan,dan enam penyertaan di bawah Negara Vietnam atau Vietnam Selatan.