VCHA (Hangul: 비춰code: ko is deprecated ; RR: Bichwo; stylized in semua huruf besar) ialah grup perempuan America berasal dari Los Angeles yang dibentuk oleh JYP Entertainment dan Republic Records melalui rancangan realiti A2K. Grup ini mempunyai lima ahli: Lexi, Camila, Kendall, Savanna,dan Kaylee.[1] Asalnya enam ahli, KG mengumumkan keluar dari grup ini pada 7 Disember 2024 kerana penderaan dan penganiyaan oleh staf[2]
Nama
Vcha berasal dari perkataan Korea"비춰code: ko is deprecated " (RR: Bichwo), yang diterjemahkan kepada "menyinari" atau "menerangi.""[3][4] Nama ini merujuk kepada tujuan grup itu untuk menerangi dan memberi inspirasi kepada peminat di seluruh dunia.[5] Peminat Vcha dikenali sebagai "Vlights".
A2K ialah rancangan realiti Amerika 2023. A2K ialah singkatan dari "America to Korea." Rancangan ini ialah projek kerjasama antara JYP Entertainment dan Republic Records, dengan matlamat untuk membentuk grup perempuan Amerika pertama menggunakan K-pop sistem, bertujuan menarik perhatian dunia.[6][7] Berdasarkan bootcamp A2K di Los Angeles dan pembentukan grup itu, Vcha menghabiskan beberapa bulan berlatih untuk penampilan sulung di pusat JYPE di Seoul.[4]
Pra-debut mereka extended play, SeVit (New Light), dikeluarkan pada 22 September 2023, dengan lagu utamanya, "Y.O.Universe".[8] Pada September 23, 2023, mereka menampilkan lagu ini di Show! Music Core sebagai kemunculan pertama mereka di publik.[9]
Single pra-debut kedua mereka, "Ready for the World," asalnya lagu tema A2K, dikeluarkan pada 1 December 2023.[10]
Single kedua mereka, "Only One" dan lagu tambahan "Favorite Girl," dikeluarkan pada 15 Mac 2024.[17][18][19]
Pada Mei 2024, VCHA menjadi muka depan majalah buat pertama kalinya di Teen Vogue's Girl Group Week.[4] Pada Januari 2024, Vcha memberitahu bahawa mereka berpindah ke sebuah rumah di Los Angeles bersama dan berkongsi setiap bilik dua ahli, seperti hal biasa yang dilakukan grup K-pop umumnya.
Vcha sepatutnya membuat penampilan perayaan musik di Lollapalooza pada 2 Ogos 2024. Walau bagaimanapun, pihak acara memaklumkan pada 19 Julai VCHA tidak akan melakukan persembahan disebabkan oleh “keadaan yang diluar jangkaan”. [20][4]