UCSF ditubuhkan dengan nama Toland Medical College pada 1864, dan pada 1873 bergabung dengan Universiti California, menjadi Fakulti Perubatannya. Pada tahun yang sama, California College of Pharmacy ditubuhkan dan pada tahun 1881 menubuhkan sekolah pergigian. Kampusnya terletak di Berkeley dan San Francisco.[12] Pada tahun 1964, UCSF berstatus sebagai kampus sistem UC yang dipimpin oleh seorang rektor dan sejak 1970 menggunakan nama UCSF sehingga kini. Dari segi sejarah, UCSF berpangkalan di Parnassus Heights, San Francisco dan beberapa lokasi lain di seluruh bandar. Pada awal 2000-an, UCSF membangunkan kampus besar keduanya di kawasan Mission Bay yang baru. Setakat Oktober 2018[kemas kini], 10 pemenang Hadiah Nobel bergabung dengan UCSF sebagai ahli fakulti atau penyelidik dan UCSF menjadi tempat bagi banyak kejayaan saintifik.[13][14]
UCSF dianggap sebagai salah satu universiti kedoktoran dan sains hayat terkemuka di dunia.[15][16][17] Sekolah profesional UCSF termasuk yang terbaik di Amerika Syarikat, menurut U.S. News & World Report dan pemeringkat universiti lain. UCSF juga berada di kedudukan teratas atau mendekati yang teratas dalam pendanaan penyelidikan dari Institut Kesihatan Kebangsaan.[18] Menurut U.S. News & World Report edisi 2021-2022, UCSF Medical Center ialah hospital terbaik ketiga d California (selepas Ronald Reagan UCLA Medical Center serta Cedars-Sinai Medical Center) dan peringkat ke-9 terbaik di Amerika Syarikat.[19] Di antara sekolah kedoktoran yang ada di Amerika Syarikat, UCSF berada pada peringkat ke-4 untuk bidang penyelidikan dan peringkat ke-2 untuk bidang latihan klinikal dengan kepakaran rawatan primer (penyakit dalam, kedoktoran keluarga, dan pediatrik) versi U.S. News & World Report.[20] Pada tahun 2019, UCSF menduduki peringkat ke-6 untuk sains bioperubatan menurut Nature Index, yang mengukur penyumbang makalah terbesar yang diterbitkan pada jurnal terkemuka dari 2015 sehingga 2018.[21][22]
^"Archived copy"(PDF). Diarkibkan daripada yang asal(PDF) pada November 17, 2018. Dicapai pada November 17, 2018.CS1 maint: archived copy as title (link)