Uluru atau nama lama ia Ayers Rock[1] adalah pembentukan batu pasir besar tertelak di pedalaman bahagian selatan Wilayah Utara dalam rantau Anangu tengah Australia. Ia merupakan antara mercu tanda semulajadi paling dikenali di negara tersebut.
Ia terletak 335 km (208 bt) barat daya bandar besar terdekat, Alice Springs.
Geologi
Monolit ini terdiri utama dari arkose kasar (sejenis batu pasir yang sarat feldspar) dan beberapa konglomerat.[2][3] Komposisi purata ialah 50% feldspar, 25–35% kuarza dan sebanyak 25% serpihan batuan.[2]
Hak milik tanah sekitar kawasan ini dikembalikan kepada masyarakat Pitjantjatjara dari kerajaan Australia pada 26 Oktober 1985 dengan suatu perjanjian ia akan dipegang bersama Agensi Taman dan Hidupan Liar Australia selepas 99 tahun.
Pantang larang dan kepercayaan
Masyarakat Aṉangu tidak memanjat bukit ini kerana muka bumi tersebut mengikuti arah jejak semangat yang melaluinya semasa penciptaan alam mereka (menurut kepercayaan mereka); ia sangat ditekankan kepada para pengunjung yang juga menyentuh faktor keselamatan.[5] Namun, perkara ini ada tidak diendahkan dengan sekurang-kurangnya 37 kes kmatian yang berkaitan dengan pendakian rekreasi sejak kejadian tersebut mula direkodkan.[5][6] Atas kedua-dua faktor inilah Uluru akhirnya larangan pendakian dikuatkuasa pada 26 Oktober 2019[7] atas keputusan sebulat suara pihak pengurusan cagar alam sekitarnya.[8]
Batu-batu dari sekitar kawasan ini ditegah kutip kerana dipercayai akan menerima bala selepas disumpah; banyak kejadian tercatat di mana orang yang mengambil batu-batu ini berusaha memulangkan kembali agar menghapus sumpahan yang dikatakan terasa.[9][10]
Rujukan
^Kedua-dua nama digunakan dalam warta rasmi iaitu Uluru / Ayers Rock, rujuk: