Kelab ini ditubuhkan pada tahun 2013. Pasukan ini telah bersaing di Liga Bola Sepak Institut Pengajian Tinggi Malaysia dan telah memenangi beberapa pertandingan bola sepak kolej. UKM FC memenangi Piala Menteri Pengajian Tinggi dan naib juara Liga Bola Sepak Universiti Divisyen 1 pada tahun 2014, secara automatik layak menyertai Liga FAM Malaysia 2015. Tempat mereka di Liga Kementerian Pengajian Tinggi telah diambil alih oleh MMU, Juara Liga Bola Sepak Universiti Divisyen 2
Pada tahun 2015, kelab itu telah diterima oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk bersaing di Liga FAM Malaysia, peringkat ketiga bola sepak Malaysia. Kelab ini juga bekerjasama dengan Sime Darby untuk menyediakan pemain muda serta pemain muda Sime Darby sendiri yang bertanding di Piala Presiden Malaysia.
Pada tahun 2017, kelab ini berjaya menjadi naib juara Liga FAM sekaligus layak beraksi di Liga Premier Malaysia 2018.
Nota: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan seperti yang ditakrifkan di bawah peraturan kelayakan FIFA. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.