Kumpulan D UEFA Euro 2012 bertanding mulai 11 Jun hingga 19 Jun 2012, terdiri daripada pasukan-pasukan Ukraine, Sweden, Perancis dan England. Dua pasukan unggul, iaitu England dan Perancis mara ke suku akhir, sementara Ukraine dan Sweden tersingkir dari kejohanan.
Pada hari perlawanan kedua, iaitu 15 Jun, perlawanan antara Ukraine dan Perancis yang bermula pada jam 19:00 waktu tempatan, diganggu oleh hujan lebat dan ribut petir, oleh itu memaksa pengadil untuk menggantung perlawanan pada minit ke-5. Perlawanan bersambung 58 minit kemudian.[1] Oleh itu, UEFA menangguhkan perlawanan antara Sweden dan England untuk bermula 15 minit lebih lewat daripada yang dijadualkan dahulu, iaitu pada jam 22:00 waktu tempatan, untuk mengelakkan pertindihan sesama perlawanan.[2]
Pada hari perlawanan terakhir, iaitu 19 Jun, perlawanan antara England dan Ukraine melibatkan gol hantu oleh Marko Dević. Pada separuh masa kedua, apabila Ukraine ketinggalan 1–0 disebabkan jaringan Wayne Rooney, tendangan Dević ditampan keluar dari belakang garisan gawang England oleh John Terry dalam pandangan pembantu pengadil tambahan yang berdiri dekat gol itu (seperti yang disahkan oleh rakaman video). Bagaimanapun, rakaman turut menunjukkan bahawa Artem Milevskiy melakukan ofsaid menjelang gol hantu Dević.[3] Kejadian ini telah mencetuskan semula pertikaian terhadap teknologi garisan gawang dalam bola sepak.[4][5][6]
Pembantu pengadil: Bahattin Duran (Turki)
Tarık Ongun (Turki)
Pegawai keempat: Marcin Borski (Poland)
Pembantu pengadil tambahan: Hüseyin Göçek (Turki)
Bülent Yıldırım (Turki)
Pembantu pengadil: Bertino Miranda (Portugal)
Ricardo Santos (Portugal)
Pegawai keempat: Pol van Boekel (Belanda)
Pembantu pengadil tambahan: Manuel De Sousa (Portugal)
Duarte Gomes (Portugal)