Tunku Tun Maimunah binti Almarhum Sultan Ismail (12 Februari 1939 – 13 Januari 2012) merupakan anakanda bongsu kepada Sultan Johor, Sultan Ismail ibni Almarhum Sultan Ibrahim dan Sultanah Aminah binti Ungku Ahmad.
Beliau merupakan adinda kepada Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail yang merupakan Sultan Johor dari tahun 1981 hingga tahun 2010.[1] Beliau juga dikenali sebagai Tunku Gedong.
Perkahwinan
Tunku Maimunah telah berkahwin dengan sepupunya, YAM Tunku Tan Sri Osman ibni Almarhum Tunku Temenggong Ahmad dan dikurniakan dengan dua orang putera dan dua orang puteri bernama Tunku Abdul Jalil, Tunku Fatimah, Tunku Zahrah dan Tunku Ahmad.
Kemangkatan
Tunku Maimunah telah mangkat pada 13 Januari 2012 di Istana Bukit Gedong, Johor Bahru, Johor.[2]
Darjah kebesaran
Kurniaan Johor
Rujukan