Tumpahan minyak MT Hebei Spirit merupakan tumpahan minyak asli yang besar di Korea Selatan yang bermula awal pagi 7 Disember 2007 masa tempatan, dengan kesan alam sekitar dan ekonomi yang berpanjangan. Menurut beberapa pegawai kerajaan, tumpahan minyak ini merupakan tumpahan minyak yang paling teruk di negara tersebut, lebih serius berbanding dengan tumpahan yang berlaku pada tahun 1995.[1][2] Tumpahan minyak ini adalah hampir satu per tiga saiz tumpahan minyak Exxon Valdez.[3]
Latar belakang
Kira-kira jam 7:30 pagi waktu tempatan, sebuah baj kren milik Samsung Heavy Industries yang sedang ditunda terlanggar kapal tangkiHebei Spirit yang membawa 260,000 tan minyak mentah Peristiwa ini terjadi berhampiran Pelabuhan Daesan di persisiran Wilayah Taean.
Kesan
Pada mulanya, tumpahan ini dipercaya tidak akan merebak disebabkan cuaca musim dingin yang sejuk. Akan tetapi, disebabkan berlakunya cuaca yang panas dari biasa dan juga ombak kuat serta arah angin yang tidak terjangka, luas permukaan tumpahan minyak tersebut telah merebak dengan lebih teruk daripada apa yang dijangkakan.[4]