Tim Tam ialah jenama biskut coklat yang dibuat oleh syarikat biskut Australia Arnott's. Biskut ini terdiri dari dua biskut malt yang dipisahkan dengan isian krim coklat muda dan dilapisi dengan lapisan coklat bertekstur.[1]
Sejarah
Biskuit ini dibuat oleh Ian Norris, yang merupakan pengarah teknologi makanan di Arnott's. Sepanjang 1958, beliau melakukan perjalanan seluruh dunia mencari inspirasi untuk produk baru. Sewaktu berada di England, beliau menemui biskuit Penguin dan memutuskan untuk mencuba "membuat yang lebih baik".[2]
Tim Tam mula dipasarkan pada tahun 1964.[3][4] Mereka diberi nama oleh Ross Arnott, yang menghadirkan Kentucky Derby 1958 dan memutuskan bahawa nama kuda pemenang, Tim Tam, sesuai dengan jenama biskut baru yang diperkenalkan.[5]
Terlepas dari biskut Penguin, produk yang serupa dengan Tim Tam termasuk "Temptins dari Dick Smith Foods, "Chit Chats" dari New Zealand,[2] produk "Choccy Slam" dari Woolworth Australia, jenama biskut "Chocolate Surrenders" dari Coles Supermarkets, dan pelbagai produk "jenama terkenal" serupa yang dipasarkan oleh pasar raya United Kingdom.
Rujukan
Pautan luar