Rencana ini mengenai syarikat pengangkutan Australia. Untuk penerusnya yang dahulu dikenali sebagai TNT, sila lihat
PostNL. Untuk kurier antarabangsa kini, sila lihat
TNT Express.
Thomas Nationwide Transport, biasanya dikenali dengan akronim TNT, dan kemudian TNT Limited, merupakan sebuah syarikat logistik dan pengangkutan Australia. Ditubuhkan pada 1946, syarikat ini diambil alih oleh KPN pada tahun 1996 dan pada tahun 1998 menjadi sebahagian dari TNT Post Group.
Sejarah
TNT diasaskan oleh Ken Thomas sebagai KW Thomas Transport pada tahun 1946 dengan satu unit trak International, dan kemudian dinamakan semula sebagai Thomas Nationwide Transport pada 1958.[1][2][3] Pada Januari 1962, syarikat ini tersenarai di Bursa Saham Sydney.[4][5]
Pada tahun 1967, syarikat ini bergabung dengan Alltrans untuk membentuk TNT-Alltrans dengan Peter Abeles menjadi pengarah urusannya. Pada tahun yang sama, syarikat ini membeli Transport Development Group dari England.[5][6][7] Pada tahun 1968, syarikat ini membeli Kwikasair.[4][8]
Syarikat ini kemudian berkembang ke sektor perkapalan, dengan memperolehi 25% saham RW Miller pada tahun 1968, 33% saham Bulkships pada tahun 1970, dan kemudian meningkatkannya menjadi 63% pada tahun 1976, serta 50% saham Union Shipping pada tahun 1971.[9][10][11] Pada Mac 1972, TNT memperolehi 23% saham Ansett Transport Industries.[12][13] Syarikat ini cuba ingin mengambil alih Ansett, namun akhirnya dibatalkan kerana Pemerintah Victoria menyatakan bahawa mereka tidak bersetuju dengan usaha tersebut.[14][15] Pada tahun 1979, TNT meningkatkan pemilikan sahamnya di Ansett menjadi 50%, dengan News Corporation memegang bakinya.
Pada awal dekad 1970-an, syarikat ini berkembang ke Asia, Brazil, Eropaj, dan Amerika Utara.[16][17][18][19][20] Pada Februari 1983, TNT membeli kureir dokumen global, Skypak International dari Ipec.[21][22] Pada Oktober 1985, TNT mendapat konsesi selama 50 tahun untuk mengendalikan Sydney Monorail, yang dibuka dengan nama TNT Harbourlink pada tahun 1988.[23][24]
Pada Disember 1985, Thomas Nationwide Transport Limited dinamakan semula sebagai TNT Limited untuk lebih mencerminkan identitinya.[25][26] Pada tahun 1992, TNT memperolehi 50% saham Condor Ferries asal Guernsey.[27] Pada tahun yang sama, TNT mengambil alih 50% saham GD Express Worldwide, sementara 50% saham bakinya dipegang oleh KPN dan syarikat pos milik Pemerintah Kanada, Perancis, Jerman Barat, dan Sweden.[28]
Pada Julai 1996, TNT membeli 30% saham Pelabuhan Geelong melalui usahasama dengan Infrastructure Investment Corporation.[29][30][31] Pada tahun 1996, TNT menjual 50% saham Ansett ke Air New Zealand, walaupun mereka tetap memegang saham Ansett Worldwide Aviation Services.[32][33][34] TNT kemudian menjual pembahagian traknya, serta 50% saham Union Shipping ke Brierley Investments.[35][36][37] Pada Ogos 1997, TNT mula mengoperasikan Sydney Light Rail dengan nama TNT Transit Systems, di bawah kontrak dengan Sydney Light Rail Company.[38]
Pada Januari 1997, KPN secara rasmi mengambil alih TNT.[39][40][41] Pada Jun 1998, TNT bergabung dengan pembahagian PTT Post milik KPN untuk membentuk TNT Post Group.[5]
Rujukan