The Skybridge City Centre Kota Kinabalu, juga dikenali dalam bahasa Melayu sebagai Skybridge Pusat Bandar Kota Kinabalu atau nama lain disebut sebagai The Sabahan KK Skybridge ialah sebuah laluan jambatan Skyway dan zon pejalan kaki di Sabah, Malaysia. ia telah direkodkan sebagai Skyway (Jejantas udara) terpanjang pertama pada 2024 di Sabah. Ia terletak berhampiran dengan Centre Point Sabah, salah satu pusat membeli-belah di Kota Kinabalu. Jambatan Langit KK Sabah tersebut telah dirasmikan dan diiktiraf oleh Ketua Menteri Sabah ke-16, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, dan Skyway tersebut siap dilengkapi dengan eskalator, lif untuk orang kurang upaya dan 20 kiosk runcit berhawa dingin.[6][7]
Latar belakang Skybridge KK
Projek KK Skybridge bertujuan untuk menyediakan kemudahan yang selamat untuk orang ramai dan juga untuk orang kurang upaya untuk bergerak kerana ia kini menghubungkan Pusat Beli-belah Oceanus, Api-Api Centre, dan Asia City.[11][12]
Bersempena dengan ulang tahun ke-32 Pusat Beli-belah Center Point pada Ogos 2022, pusat beli-belah Centre Point telah merancang beberapa acara, termasuk Pertunjukan Cosplay Cosmaniac (6โ7 Ogos 2022), Juara Mobile Legends Bang Bang (13โ14 Ogos, 2022), Pameran Pikachu (21โ27 Ogos 2022) dan Kedai dan Tebus: Beg Makan Tengahari Percuma (9-22 September 2022).[13][14]
Hilton KK dan Marriott KK terletak kira-kira 2 km dari satu sama lain, tetapi perkhidmatan Grab ride termasuk masa menunggu mengambil masa hampir 20 minit. Walau bagaimanapun, The Skybridge Kota Kinabalu telah mengubah masa berjalan dan perspektif masa untuk pejalan kaki sejak 2024.[15][16][17]
Sky Bridge ini mempunyai panjang 400m dan ia menghubungkan dengan pusat membeli-belah utama dan hotel berdekatan. Sekurang-kurangnya empat pusat membeli-belah dan empat hotel disambungkan melalui sistem jambatan langit separa berhawa dingin ini. Kedua-dua belah pintu masuk dan keluar utama jambatan langit ini mempunyai eskalator dan lif.[18]