The Malaysian ReserveJenis | Akhbar harian |
---|
Format | Cetakan, dalam talian |
---|
Diasaskan | Mei 2007 |
---|
Bahasa | Inggeris |
---|
|
Pemilik | TMR Media Sdn. Bhd. |
---|
|
Laman sesawang | www.themalaysianreserve.com |
---|
The Malaysian Reserve ialah akhbar perniagaan berbahasa Inggeris Malaysia yang dimiliki oleh TMR Media Sdn. Bhd.
Akhbar ini dilancarkan pada Mei 2007 di bawah SHP Media, tidak lama selepas pelancaran The Edge Financial Daily. Malaysia tidak mempunyai akhbar perniagaan harian yang berdiri sendiri sejak Business Times diserapkan ke New Straits Times pada tahun 2002 sebagai akibat dari kenaikan pembiayaan dan peredaran yang menurun.[1]
The Malaysian Reserve mempunyai edaran harian sebanyak 10,000 salinan, menurut data yang diberikan syarikat. Pesaing terdekatnya, The Edge Financial Daily mempunyai edaran harian sekitar 15,000 naskhah.[2]
Ia telah dilaporkan pada September 2013 bahawa jutawan terkenal Syed Mokhtar Al-Bukhary bakal mengintai saham besar di The Malaysian Reserve, setelah permohonannya untuk mendapatkan lesen penerbitan dengan Kementerian Dalam Negeri tidak berjaya.[3]
Ia mula berkembang ke Sabah dan Sarawak pada awal 2014.[4] Pada Februari 2014, akhbar ini dibeli oleh Syed Mokhtar.[2]
Rujukan
Pautan luar