The Great Australian Spelling Bee

The Great Australian Spelling Bee
GenreRealiti
Pengacara
Negara asalAustralia
BahasaBahasa Inggeris
Bilangan musim2
Bilangan episod22
Penerbitan
LokasiFox Studios Australia
Tempoh siaran60 minit
Syarikat penerbitan
Shine Australia
Penyiaran
Saluran asalNetwork Ten (Musim 1 - 2, Ep.1-6)
Eleven (Musim 2, Ep. 7-10)
Format gambar576i (SDTV)
1080i (HDTV)
Format audioStereo
Siaran asal3 Ogos 2015 – 17 September 2016
Kronologi
MengikutiThe Great Australian Spelling Bee (musim pertama)
Diikuti olehThe Great Australian Spelling Bee (musim kedua)
Pautan luar
Laman sesawang

The Great Australian Spelling Bee merupakan rancangan realiti Australia yang disiarkan menerusi Network Ten. Dikendalikan oleh Grant Denyer dan Chrissie Swan sebagai pengacara,[1] dan diterbitkan oleh Shine Australia,[2] siri ini mula ditayangkan pada 3 Ogos 2015.[3] Siri ini turut memperkenalkan Chris Edmund sebagai penyebut.[4]

Siri ini merupakan pertandingan mengeja spelling bee di mana para peserta diminta untuk mengeja setiap perkataan yang diberikan mengikut tahap-tahap kesukaran. Ia disiarkan di TV2, Radio Televisyen Malaysia di Malaysia setiap Sabtu dan Ahad pada pukul 1 petang.

Ringkasan musim

Musim pertama

Musim Episod Siaran Asal Jumlah Pengeja
Tarikh Mula Tarikh Tamat
1
12 3 Ogos 2015 8 September 2015 26

Musim pertama telah disiarkan pada 3 Ogos 2015 menerusi saluran Network Ten dengan menampilkan seramai 26 orang pengeja. Anirudh telah diumumkan sebagai juara dan membawa pulang biasiswa pendidikan berjumlah $50,000, kelengkapan sekolah berjumlah $10,000, kamus Macquarie, komputer Sprout dan sebuah tablet HP Pro Slate 8. Lima orang lagi peserta menerima tajaan biasiswa $10,000, sebuah tablet HP Pro Slate 8 dan barangan sekolah berjumlah $1,000.[5]

Musim kedua

Musim Episod Siaran Asal Jumlah Pengeja
Tarikh Mula Tarikh Tamat
2
10 17 July 2016 17 September 2016 18

Pada 19 Ogos 2015, siri ini diperbaharui untuk musim kedua yang mula bersiaran pada 17 Julai 2016 menerusi Network Ten.[6][7] Musim ini mengekalkan Grant Denyer dan Chrissie Swan sebagai pengacara.[8]

Tontonan yang rendah pada awal musim telah menyebabkan hari tayangan diawalkan dari hari Ahad ke hari Sabtu bermula episod kelima.[9] Bermula episod ketujuh, rancangan ini telah berpindah ke saluran Eleven.

Musim ini menyaksikan Tristan menjadi juara keseluruhan.

Tontonan

Musim Saluran Episod Tarikh Mula Tarikh Tamat Rujukan
Tarikh mula Penilaian awal Kedudukan Tarikh Tamat Penilaian akhir
(Pusingan Akhir)
Kedudukan Penilaian akhir
(Pengumuman Pemenang)
Kedudukan
1 Network Ten 12 3 Ogos 2015 0.921 #7 8 September 2015 0.755 #11 0.901 #7 [10][11]
2 Network Ten
(ep. 1-6)
Eleven
(ep. 7-10)
10 17 Julai 2016 0.456 #12 17 September 2016 [12]

Adaptasi antarabangsa

Siri ini telah diadaptasi di Thailand. Manakala di United Kingdom, siri ini disiarkan menerusi Sky 1 dengan judul The Big Spell.[13][14]

Rujukan

  1. ^ Knox, David (26 April 2015). "Chrissie Swan, Grant Denyer to host The Great Australian Spelling Bee". TV Tonight. Dicapai pada 15 Ogos 2015. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  2. ^ Knox, David (24 Mac 2015). "TEN spells out The Great Australian Spelling Bee". TV Tonight. Dicapai pada 15 Ogos 2015. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  3. ^ Knox, David (20 Julai 2015). "Airdate: The Great Australian Spelling Bee". TV Tonight. Dicapai pada 15 Ogos 2015. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  4. ^ Thomas, Sarah (30 Julai 2015). "The Great Australian Spelling Bee to highlight smart's of the nation's brightest kids". The Sydney Morning Herald. Dicapai pada 15 Ogos 2015. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  5. ^ Bowden, Ebony (8 September 2015). "The Great Australian Spelling Bee gives winner surprise $50,000 scholarship". The Sydney Morning Herald. Dicapai pada 27 Oktober 2015. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  6. ^ Knox, David (19 Ogos 2015). "Renewed: The Great Australian Spelling Bee". TV Tonight. Dicapai pada 19 Ogos 2015. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  7. ^ Cronin, Seanna (15 Julai 2016). "Chrissie's buzzing about new season of Spelling Bee". Sunshine Coast Daily. Dicapai pada 18 Julai 2016. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  8. ^ Dunk, Tiffany (13 Julai 2016). "Why The Great Australian Spelling Bee is keeping Grant Denyer on his toes". news.com.au. Dicapai pada 17 Julai 2016. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  9. ^ Dunk, Tiffany (10 Ogos 2016). "The Great Australian Spelling Bee demoted to a Saturday night timeslot due to poor Sunday ratings". News Corp Australia. Dicapai pada 10 Ogos 2016. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  10. ^ Knox, David (4 Ogos 2015). "Monday 3 August 2015". TV Tonight. Dicapai pada 16 Ogos 2015. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  11. ^ Knox, David (9 September 2015). "Tuesday 8 September 2015". TV Tonight. Dicapai pada 14 September 2015.
  12. ^ Knox, David (18 Julai 2016). "Sunday 17 July 2016". TV Tonight. Dicapai pada 18 Julai 2016. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  13. ^ Svetlik, Joe (18 Julai 2016). "Sky 1's 'The Big Spell' to find the nation's best young speller". US Switch. Dicapai pada 4 November 2016. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  14. ^ Knox, David (12 April 2016). "UK to produce local version of Spelling Bee". TV Tonight. Dicapai pada 4 November 2016.

Pautan luar