Pada bulan Februari 2009, Presiden Perancis Nicolas Sarkozy telah mengumumkan bahawa Kuwait telah mempertimbangkan untuk membeli sehingga 28 buah pesawat Dassault Rafale, Tentera Udara Kuwait kini masih mengkaji perjanjian dan sedang menunggu lawatan Menteri Pertahanan Perancis ke Kuwait pada hujung bulan Februari 2009.
Pada 9 Ogos 2016, sebuah pengeluar helikopter berteknologi tinggi iaitu Airbus Helicopters telah menandatangani satu kontrak dengan Kementerian Pertahanan Kuwait untuk membeli 30 buah helikopter utiliti dan pelbagai peranan Airbus H225M Caracal selain pakej-pakej sokongan dan perkhidmatan yang berkaitan, semasa lawatan Menteri Pertahanan Perancis pada masa itu, Jean-Yves Ke Drian di Kuwait. Kini, sejumlah 17 buah telah diserahkan kepada Kuwait