Tentera Darat Ke-25 (Jerman: 25. Armee) adalah sebuah tentera darat medanJerman semasa Perang Dunia II. Ia mempunyai nombor ordinal tertinggi daripada mana-mana ketumbukan Jerman yang bernombor.
Sejarah
Tentera Darat Ke-25 telah ditubuhkan pada 10 November 1944 di negara Belanda, daripada staf-staf Panglima Angkatan Tentera Belanda dan Armeeabteilung Kleffel (sebelum ini dikenali sebagai "Pasukan Petugas Narva").[2] Gelaran "tentera darat medan" adalah langkah penipuan bagi kebanyakan pasukan, kerana ia tidak memerintah lebih dari 3 divisyen sehingga April 1945, semasa hari-hari terakhir kewujudannya.
Tentera Darat Ke-25 menguasai kedudukan paling utara dari garisan depan Jerman Nazi di Perbatasan Barat selama 6 bulan pada hujung tahun 1944 dan awal 1945, dengan rusuk baratnya ditambatkan pada Laut Utara dan rusuk kirinya bersempadanan dengan Tentera Darat Pertama Para. Mempertahankan barat Belanda di sepanjang sungai Meuse (Maas), dari Laut Utara hingga ke Arnhem,[3] musuh utamanya ialah Tentera Darat Pertama Kanada.
Pada 7 April 1945, Tentera Darat Ke-25 telah ditukar menjadi Markas Tinggi Belanda (Oberbefehlshaber Niederlande), dibawah pemerintahan GeneraloberstJohannes Blaskowitz, untuk mempertahankan Perkubuan Belanda (Festung Holland), iaitu kawasan di barat Garis Air Baru Belanda.
Dua hari selepas penyerahan kalah Markas Tinggi Barat Laut kepada Kumpulan Tentera Darat Ke-21 British, Generaloberst Blaskowitz menyerahkan ketumbukannya kepada Kor I Kanada' Leftenan JeneralCharles Foulkes di Wageningen pada 5 Mei 1945 (dokumen ditaip dan ditandatangani pada keesokan harinya, kerana mesin taip tidak tersedia), secara efektif menamatkan perang di negara Belanda.[4]
Stacey, C. P. (1960). The Victory Campaign, The Queen's Printer and Controller of Stationery, Ottawa.
Tessin, Georg (1976). Verbände und Truppen der deutschen Wehrmacht und Waffen-SS im Zweiten Weltkrieg 1939-1945 (Volume IV), Biblio Verlag, Osnabrück. ISBN3-7648-1083-1.