Teja (kumpulan muzik)

Teja
Kulit album Laungan Suci
Latar belakang
Juga dikenali sebagai
Deserter
Berasal dariIpoh, Perak Perak, Malaysia Malaysia
GenreGlam rock, hair metal, rock progresif, hard rock, slow rock, balada
PekerjaanKugiran
Tahun aktif1986–kini
Syarikat rakaman
BMG Pacific
Pengkarya berkait
Berkumpulan
Laman sesawang
http://instagram.com/tejaofficialband
AhliRashid (vokal)
Syed (gitar utama)
Empy (bes)
Lan (dram) wan/(keyboard)
Bekas ahliHatta (vokal)
Din (gitar kedua)
Zul (gitar kedua)
Dino (dram)

Teja merupakan sebuah kumpulan rock Malaysia yang terkenal pada awal tahun 90-an. Kumpulan yang berasal dari Ipoh, Perak ini sempat melahirkan dua buah album studio sepanjang karier mereka di bawah label BMG Pacific.

Sejarah

Teja telah ditubuhkan pada tahun 1986 dengan menggunakan nama asalnya, Deserter. Pada ketika itu, Deserter dianggotai oleh lima orang anak muda dari Ipoh iaitu Hatta (vokal), Syed@Yed (gitar utama), Din (gitar kedua), Empy (bes) dan Lan (dram). Seperti kumpulan-kumpulan rock lain pada masa itu, Deserter seringkali mengadakan pertunjukan pentas di sekitar kawasan mereka sama ada di Ipoh mahupun di luar Ipoh. Kemudian, mereka menyertai pertandingan Box Office pada tahun 1987, anjuran Ali Bakar namun hanya berjaya ke peringkat suku akhir. Tidak mahu berputus asa, mereka terus bergiat aktif dalam bidang muzik dan kemudiannya mereka menyertai pertandingan Malaysia Battle Of Rock, anjuran Mutiara Entertainment pada tahun 1988 dan dinobatkan sebagai naib johan dalam pertandingan tersebut.

Tuah datang kepada Deserter apabila Rahim Othman datang ke pertandingan tersebut dan melamar mereka untuk menjadi artis rakaman dan pada masa yang sama, mereka juga ditaja oleh sebuah syarikat rokok terkenal iaitu Kingsway. Pada saat ini, Deserter mengalami pertukaran anggota dengan posisi Hatta sebagai vokalis digantikan oleh Rashid dan posisi Din sebagai gitaris kedua digantikan oleh Zul. Kumpulan ini mengalami penjenamaan semula apabila nama Deserter ditukar kepada Teja sebagai menyahut seruan kerajaan yang inginkan kumpulan rock menggunakan nama dalam bahasa Melayu. Tidak mahu melepaskan peluang, mereka menerima lamaran dari komposer terkenal itu untuk menghasilkan album pertama bersama Rahim Othman Production (ROP).

Pada tahun 1990, Teja telah menghasilkan album pertama mereka yang menggunakan nama kumpulan sebagai judul album. Album pertama Teja diterbitkan oleh Rahim Othman Production (ROP) dan diedarkan oleh BMG Pacific. Album yang hit dengan lagu Kau Yang Tak Mengerti ciptaan Rahim Othman ini dibantu oleh Din Search selaku penerbit album serta dua anggota Search yang lain iaitu Kid dan Nasir Daud. Selain lagu Kau Yang Tak Mengerti, album ini juga memuatkan lagu Kenangan Semusim Cinta, Belayar Dalam Perut Paus, Jelingan Manja serta Anak Bumi. Populariti Teja terus melonjak apabila mereka berlakon dalam filem Memori arahan seniwati Rosnani Jamil pada tahun 1991 di mana dalam filem tersebut, mereka membawa dua lagu dari album pertama iaitu lagu Kau Yang Tak Mengerti dan Jelingan Manja.

Pada tahun 1992, Teja telah menghasilkan album kedua yang diberi judul Laungan Suci. Pada kali ini, album kedua Teja menggunakan khidmat gitaris kumpulan Headwind, Zulkif sebagai penerbit album dan penerbitan sepenuhya oleh BMG Pacific. Dalam album ini, Teja sekali lagi mengalami pertukaran anggota dengan kembalinya Din sebagai gitaris kedua Teja serta kemasukan bekas anggota kumpulan Saga, Dino sebagai pemain dram baharu menggantikan Lan. Antara lagu popular di dalam album ini adalah Laungan Suci ciptaan Zulkif dan Kenangan Di Taman Cinta ciptaan Saari Amri, seorang komposer yang sedang meningkat naik pada waktu itu. Album tersebut turut menampilkan lagu lagu seperti Salam Sayangku, Titian Usia dan Aku & Dia serta kolaborasi nama-nama besar yang turut menjayakan album ini seperti Ito Blues Gang, Fairuz dan Dilla Hussein, Dr. Wan Zawawi Ibrahim, Ramli Sarip serta ramai lagi.

Setelah menghasilkan dua album, nama Teja seakan menyepi dari industri muzik rock tanah air. Ini berikutan irama rock pada ketika itu seakan-akan hilang sentuhannya apabila muziknya menjadi lembut dan mendayu-dayu sehinggakan sebahagian pemuzik mengambil keputusan untuk tidak lagi aktif dalam bidang muzik.

Ahli-ahli

Deserter (1986-1988) :

  1. Hatta - vokal
  2. Syed@Yed - gitar utama
  3. Din - gitar kedua
  4. Empy - bes
  5. Lan - dram


Teja 1990-1991 :

  1. Rashid - vokal
  2. Syed - gitar utama
  3. Zul - gitar kedua
  4. Empy - bes
  5. Lan - dram


Teja 1992 :

  1. Rashid - vokal
  2. Syed - gitar utama
  3. Din - gitar kedua
  4. Empy - bes
  5. Dino - dram


Teja - Terkini :

  1. Rashid - vokal
  2. Syed - gitar utama
  3. Empy - bes
  4. Lan - dram
  5. wan-keyboardist

Gambar-Gambar Kumpulan Teja

Diskografi

Album-album studio

Tahun Judul Jualan
1991 Teja
  • Album Studio
  • Penerbit : Nordin Taib (Din Search)
  • Label : Rahim Othman Production (ROP)
  • Edaran : BMG Pacific
1992 Laungan Suci
  • Album Studio
  • Penerbit : Zulkif
  • Label : BMG Pacific

Runut

Kulit album Teja 1991

Teja (1991)

  • "Kau Yang Tak Mengerti"
  • "Yang Indah Tak Mudah"
  • "Berlayar Dalam Perut Paus"
  • "Sengketa"
  • "Mata"
  • "Kau Yang Tak Mengerti" (Minus One)
  • "Kenangan Semusim Cinta"
  • "Melodi"
  • "Aku Bingung"
  • "Jelingan Manja"
  • "Jelingan Manja" (Minus One)
  • "Kenangan Semusim Cinta" (Minus One)


Kulit album Teja Laungan Suci 1992

Laungan Suci (1992)

  • "Laungan Suci"
  • "Anak Bumi"
  • "Kenangan Di Taman Cinta"
  • "Penyakit Manusia"
  • "Aku Dan Dia"
  • "Dan Kini Ku Akui"
  • "Salam Sayangku"
  • "Pitis Dan Fulus"
  • "Opera Ilusi"
  • "Titian Usia"

Filemografi

Filem Cetera
Tahun Tajuk Watak
1991 Memori (Penampilan Khas)

Trivia

  • Setelah pembubaran kumpulan Teja, vokalis Rashid kemudiannya menubuhkan kumpulan duo, Twins yang aktif pada tahun 1994. Kumpulan Twins dianggotai oleh beliau dan Indra yang juga adiknya.
  • Pemain bass Teja, Empy telah menyertai Spring pada tahun 1995 bermula dengan album keempat Spring yang berjudul Jujur.
  • Gitaris Teja, Din pernah menggantikan Boy sebagai gitaris kedua Arena yang terkenal dengan lagu Selamat Tinggal Cinta dan Selagi Fajar Menjelma. Namun, Din tidak sempat untuk menghasilkan album bersama kumpulan tersebut.

Pautan luar

Malaysia Muzik Rock Database Senarai penyanyi Malaysia