Tasik Maninjau (Danau Maninjau) ialah sebuah tasik kaldera di Agam, Sumatera Barat, Indonesia. Letaknya 16 km di barat Bukittinggi.
Ramai pelancong terutama dari Malaysia berkunjung ke sini untuk melihat sendiri keindahan suasana pergunungan dan kebersihan air di Tasik Maninjau. Terdapat juga aktiviti paragliding di sini.
Di sinilah tempat kelahiran ulama tersohor, Hamka. Museum Rumah Kelahiran Buya Hamka terletak di sini.