Pada bulan Januari 2013, Peta Google telah dikemas kini memasukkan pelbagai lokasi di Korea Utara.[9] Pada 8 April 2013, ia dilaporkan bahawa Korea Selatan telah memerhati aktiviti di Punggye-ri, suggesting that a fourth nuclear test was being prepared, but the next test did not occur sehingga bulan Januari 2016.[10][11]
Pada 6 Januari 2016, media negara Korea Utara mengumumkan ujian nuklear keempat telah dijalankan dengan berjaya di lokasi berkenaan menggunakan sebuah bom hidrogen.[12]Perimejan satelit ditangkap untuk laman web pengawasan 38 North antara Januari dengan April 2017 mencadangkan yang ujian nuklear keenam sedang disediakan di tapak berkenaan, yang telah diletupkan pada 3 September 2017.[13]
Menurut sumber, orang dari tapak ujian nuklear Punggye-ri telah dilarang daripada memasuki Pyongyang sejak ujian berkenaan disebabkan kebarangkalian tercemar radioaktif.[14] Menurut laporan pembelot, kira-kira 80% pokok telah mati dan kesemua perigi bawah tanah kering di tapak berkenaan selepas ujian nuklear yang keenam.[15]
Pada 3 dan 23 September 2017, gempa bumi yang mungkin runtuhan terowong telah dikesan dengan magnitud 4.1 dan 3.6 masing-masing.[2] Satu kajian 17 Oktober 2017 telah diterbitkan oleh Institut A.S.-Korea di Universiti Johns Hopkins mencadangkan ujian yang paling terkini telah menyebabkan "kerosakan cukup banyak kepada rangkaian terowong yang wujud di bawah Gunung Mantap".[16][17]
Pada 30 Oktober 2017, dalam testimoni di hadapan parlimen Korea Selatan, pengarah pentadbiran Meteorologi Korea Selatan memberi amaran bahawa "ujian lebih lanjut di Punggye-ri boleh menyebabkan gunung runtuh dan membebaskan radioaktiviti ke persekitaran."[17] Begitu juga, para saintis China memberi amaran bahawa jika gunung itu runtuh, guguran nuklear boleh tersebar merentasi "keseluruhan hemisfera."[17]
Pada 1 November 2017, stesen TV Jepun TV Asahi melaporkan bahawa menurut laporan belum sah, beberapa terowong bawah tanah runtuh di tapak ujian berkenaan pada 10 Oktober 2017.[18] Runtuhan awal dikatan telah mengorbankan 100 orang pekerja, denganwith another 100 orang penyelamat lagi maut dalam runtuhan kedua.[19][20]
Pada 20 April 2018, kerajaan Korea Utara mengumumkan bahawa ia akan menggantungkan ujian nuklear dan menutupi tapak ujian nuklear Punggye-ri.[21]
Pada 14 Mei 2018, ia dilaporkan bahawa perimejan satelit dagangan menandakan yang kerja penanggalan kemudahan itu telah bermula.[22]