Taman Permata berada dalam mukim Ulu Klang dan terletak kira-kira 15km dari pusat bandaraya Kuala Lumpur. Terbahagi kepada dua, iaitu Taman Permata A dan Taman Permata B. Terletak diantara persimpangan Taman Melawati ke Kawasan Lembah Keramat. Terdapat pusat perniagaan dan pusat membeli belah di sini.Pasaraya Giant juga terletak di kawasan ini. Ini membuatkan kawasan Taman Permata lebih pesat dari sudut ekonomi dan sosial. Selain itu, terdapat surau untuk kemudahan orang ramai yang berada di sekitar kawasan ini. Taman ini berada di dalam kawasan DUN N18 Hulu Kelang
Taman ini dibuka sekitar tahun 1980-an. Kawasan ini dahulunya adalah ialah sebuah perkampungan orang melayu yang kemudiannya di bangunkan sehingga menjadi taman perumahan dan pusat perniagaan sehingga ke hari ini. Di Taman Permata sekarang sedang di bangunkan lagi lot-lot kedai yang baru untuk menampung peniaga-peniaga yang semakin sibuk dengan perniagaan masing-masing.
Kemudahan
Sekolah
Sekolah Kebangsaan Taman Permata
Sekolah Agama Taman Permata
Pusat membeli-belah
Giant Ulu Kelang
Restoran
Pizza Hut
Kentucky Fried Chicken
McDonalds
Kedai serbaneka
99 Speedmart
Kemudahan asas
Pendidikan
Tempat beribadat
Poskod
Poskod yang digunakan di Taman Permata, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan adalah 53300.[1]