Taman Murni (Jawi: تامن مورنيcode: ms is deprecated ) merupakan kawasan perumahan di Daerah Kuala Selangor, Selangor, Malaysia.[1] Secara pentadbirannya, Taman Murni merupakan sebuah kawasan petempatan manusia yang terletak di dalam kawasan pentadbiran Mukim Ujong Permatang, iaitu satu daripada sembilan mukim dalam Daerah Kuala Selangor.[2][3] Poskod bagi Taman Murni ialah 45000 Kuala Selangor.[4]
Kedudukan
Taman Murni merupakan salah satu kawasan kawasan taman perumahan di negeri Selangor. Taman Murni terletak di bahagian barat laut Daerah Kuala Selangor manakala kedudukannya dalam Mukim Ujong Permatang, Taman Murni terletak di bahagian tenggara Mukim Ujong Permatang. Antara petempatan manusia dan kawasan yang serantau dengan kawasan Taman Murni ialah estet kepala sawit Ladang Sungai Terap di bahagian utara, Kampung Sungai Terap di bahagian timur laut dan barat, Kampung Ujong Permatang di bahagian timur, Kampung Permatang di bahagian tenggara, Kampung Sungai Yu di bahagian barat daya dan Taman Nilam di bahagian barat laut.[1][2] Taman Murni mempunyai poskod tersendiri iaitu 45000 dalam daerah pos Kuala Selangor.[4]
Dari perseptik politik, kawasan perumahan Taman Murni terletak di dalam kawasan parlimen Tanjong Karang.[5] Dalam kawasan Dewan Negeri Selangor pula, Taman Murni terletak di dalam kawasan negeri Permatang.[5]
Taman Murni merupakan mempunyai pola petempatan yang berjajar dengan jalan raya.[2] Kawasan perumahan ini terbina di tebing barat Jalan Persekutuan 5 (Jalan Klang–Teluk Intan), sebatang jalan raya utama di kawasan pesisiran pantai barat Semenanjung Malaysia. Jarak bandar terdekat iaitu Bandar Kuala Selangor (dari titik Dataran Malawati di Pekan Lama Kuala Selangor) dengan Taman Murni ialah dalam lingkungan 5–7 kilometer (3.1–4.3 bt), dengan melalui Jalan Persekutuan 5 ke arah Klang.[2][6]