Taman Malinja (Jawi: تامن مالينجاcode: ms is deprecated ) atau Taman Melinja (Jawi: تامن ملينجاcode: ms is deprecated ) merupakan kawasan perumahan di Daerah Kuala Selangor, Selangor, Malaysia.[1] Secara pentadbirannya, Taman Malinja merupakan sebuah kawasan petempatan manusia yang terletak di dalam kawasan pentadbiran Mukim Tanjong Karang, iaitu satu daripada sembilan mukim dalam Daerah Kuala Selangor.[2][3] Poskod bagi Taman Malinja ialah 45500 Tanjong Karang.[4]
Lokasi
Taman Malinja merupakan salah satu kawasan kawasan taman perumahan di negeri Selangor. Taman Malinja terletak di bahagian barat laut Daerah Kuala Selangor manakala kedudukannya dalam Mukim Tanjong Karang, Taman Malinja terletak di bahagian paling selatan Mukim Tanjong Karang, dekat dengan sempadan Mukim Ujong Permatang. Antara petempatan manusia yang serantau dengan kawasan Taman Malinja ialah Taman Ria dan Taman Tanjung Karang Baru di bahagian barat laut, Kampung Tok Adam di bahagian utara, Taman Gembira, Taman Radin Mas dan Taman Karang Mas di bahagian tenggara, Taman Damai di bahagian selatan, dan Kampung Sungai Kajang di bahagian barat.[1][2] Taman Malinja mempunyai poskod tersendiri iaitu 45500 dalam daerah pos Tanjong Karang.[4]
Dari segi politik, kawasan perumahan Taman Malinja terletak di dalam kawasan parlimen Tanjong Karang. Dalam Dewan Negeri Selangor pula, Taman Malinja terletak di dalam kawasan negeri Sungai Burong.[5]
Kawasan Taman Malinja adalah salah satu kawasan petempatan manusia yang membentuk Bandar Tanjong Karang. Kedudukannya dalam Bandar Tanjong Karang, terletak di bahagian paling tenggara, berdekatan dengan sempadan Pekan Tanjong Karang.[2][6] Taman Malinja terletak di dalam Seksyen 2 Bandar Tanjong Karang.[2][6] Taman Malinja juga terletak di kawasan lembah Sungai Tengi yang bermuara di Selat Melaka.[2]
Pengangkutan
Taman Malinja terletak di tebing selatan Jalan Persekutuan 5 (Jalan Klang–Teluk Intan). Jarak Taman Malinja ke pusat bandar terdekat iaitu Tanjung Karang, ialah dalam lingkungan 0.5–1.5 kilometer (0.3–0.9 bt) melalui Jalan Persekutuan 5.[a][7] Perkhidmatan bas percuma, Bas Smart Selangor laluan KS01 (Kuala Selangor–Tanjong Karang) berkhidmat di sepanjang Jalan Klang–Teluk Intan.
Nota
^ Diukur dari Taman Malinja ke Stesen Bas Tanjong Karang, Tanjong Karang