Taman-Taman Sabah ialah sebuah badan berkanun berasaskan pemuliharaan pada tahun 1964 dengan tujuan memulihara warisan berpemandangan indah, saintifik dan bersejarah negeri Sabah, Malaysia, di pulau Borneo. Pertubuhan ini juga bertanggungjawab bagi pengurusan dan promosi berbagai-bagai rizab terlindung di Sabah, terutamanya yang dinamakan taman negara. Ia juga dimandatkan untuk memajukan kemudahan mesra pelancongan untuk menempatkan ketibaan pelancong ke rizab ini dan memastikan keadaan rizab tidak terjejas. Pilihan pertama memasukkan dalam sistem taman ini ialah Gunung Kinabalu. Akibatnya, Taman Kinabalu diwartakan pada tahun 1964, dan kini ia dinamakan Tapak Warisan Dunia.
Taman-Taman Sabah diurus oleh lembaga pemegang amanah juga dikenali sebagai Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah, yang terdiri daripada seorang pengerusi, timbalan pengerusi, tiga ahli ex officio, empat ahli lain, dan seorang pengarah.
Taman Negara
Lihat juga
Pautan luar