Tajudin Ali merupakan ahli politik Perikatan/ UMNO di Malaysia. Beliau menang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1959 bagi kawasan Larut Utara, negeri Perak (1958-1964).
Dalam krisis kepimpinan Perak pada 1959, beberapa cubaan telah dirancang untuk menggulingkan Mohamed Ghazali Jawi sebagai Menteri Besar Perak. Dalam undian UMNO itu, Tajjudin Ali hanya mendapat 32 undi sementara Mohamad Ghazali Jawi mendapat 60 undi menyokong. Sulaiman Bulon pemimpin dari Teluk Anson dan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak menarik diri pada saat akhir.[1]
Rujukan