Pada tahun 2015, para ahli falak telah menemui tiga planet bersaiz Bumi mengelilingi bintang kerdil. Satu pasukan yang diketuai oleh Michaël Gillon di Universiti Liège di Belgium telah mengesan planet-planet itu menggunakan fotometri transit dengan Teleskop Kecil Planet Transit dan Planetisimal ("Transiting Planets and Planetesimals Small Telescope", TRAPPIST) di Balai Cerap La Silla di Chile.[9][7][10] Pada 22 Februari 2017, para ahli astronomi telah mengumumkan empat planet luar suria tambahan sekitar TRAPPIST-1.[11] Selain TRAPPIST, kerja ini telah menggunakan Very Large Telescope di Paranal dan NASA Teleskop Angkasa Spitzer, dalam kalangan yang lain dan menjadikan jumlah planet menjadi tujuh, tiga planet dikira di dalam zon boleh didiami. Yang lain juga kemungkinan boleh didiami (memiliki air cecair pada permukaannya).[12][13]
Penemuan dan tatanama
Bintang yang berada di tengah sistem itu telah ditemui pada tahun 1999 ketika Two Micron All-Sky Survey (2MASS).[14] Ia telah dimasukkan ke dalam katalog berikutnya dengan gelaran "2MASS J23062928-0502285". Nombor-nombor ini merujuk kepada jarak hamal dan keserongan kedudukan bintang di langit dan huruf "J" merujuk kepada Epok Julian.
Dalam budaya pop
Pada 23 Februari 2017, penemuan ini telah disambut dengan sebuah animasi Google Doodle dibuat oleh Nate Swinehart.[15]
Pada 24 Februari 2017, Frontier Developments, pemaju Elite: Dangerous, menangguh kemas kini 2.3 mereka untuk meletakkan penemuan ke dalam permainan video atau disebut sebagai (game).[16]
^"TRAPPIST-1b" (dalam bahasa Inggeris). Katalog Planet Luar Suria Bebas. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-12-26. Dicapai pada 2 Mei 2016.
^ abCutri, R. M.; Skrutskie, M. F.; Van Dyk, S.; Beichman, C. A.; Carpenter, J. M.; Chester, T.; Cambresy, L.; Evans, T.; Fowler, J.; Gizis, J.; Howard, E.; Huchra, J.; Jarrett, T.; Kopan, E. L.; Kirkpatrick, J. D.; Light, R. M.; Marsh, K. A.; McCallon, H.; Schneider, S.; Stiening, R.; Sykes, M.; Weinberg, M.; Wheaton, W. A.; Wheelock, S.; Zacarias, N. (Jun 2003). "2MASS All Sky Catalog of point sources" [Katalog Seluruh Langit 2MASS sumber-sumber-sumber titik]. VizieR Online Data Catalog (dalam bahasa Inggeris). Balai Cerap Selatan Eropah dengan data yang disediakan oleh SAO/NASASistem Data Astrofizik. 2246. Bibcode:2003yCat.2246....0C.
^Costa, E.; Mendez, R.A.; Jao, W.-C.; Henry, T.J.; Subasavage, J.P.; Ianna, P.A. (4 Ogos 2006). "The Solar Neighborhood. XVI. Parallaxes from CTIOPI: Final Results from the 1.5 m Telescope Program" [Kawasan Suria. XVI. Paralaks dari CTIOPI: Keputusan Akhir daripada Rancangan Teleskop 1.5 m]. The Astronomical Journal (Jurnal Ilmu Falak) (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Ilmu Falak Amerika Syarikat. 132 (3): 1234. Bibcode:2006AJ....132.1234C. doi:10.1086/505706.
^ abRalat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Gillon2016