Suria Di Cordoba adalah merupakan sebuah drama bersiri romantik arahan pengarah Mohd Feroz Abd Kader yang disiarkan pada tahun 2011. Dibintangi oleh Sari Yanti, Adi Putra, Fahrin Ahmad, Alif Satar, Lisdawati, Normah Damanhuri, Anzalna Nasir, Rahimah Rahim dan ramai lagi. Drama ini telahpun disiarkan sebanyak 26 episod bermula pada setiap hari Selasa, pada 7 Jun 2011, jam 9 malam di Astro saluran 105 Astro Prima.
Sinopsis
Drama ini menceritakan tentang seorang gadis moden campuran Melayu-Sepanyol iaitu Suria Khadijah Parker (Sari Yanti), yang memilih menjadi aktivis untuk membebaskan dirinya dari dunia kebendaan.
Suria yang selama ini bekerja dibawah arahan majikannya, iaitu Indra Putra (Adi Putra) bagaimanapun bertekad mengambil keputusan untuk berhenti walaupun dibayar dengan gaji yang lumayan. Ini kerana Suria tidak tahan dengan sikap dan kerenah Indra yang selalu memperkecilkan serta memperlekehkan dirinya.
Dalam usaha untuk menjejaki sejarah cinta kedua ibu-bapanya yang bermula di Cordoba, dia pula diuji oleh Allah dengan cinta yang luar biasa.
Sewaktu di Sepanyol akan berlakunya sedikit konflik percintaan yang belaku antara Suria dengan dua jejaka iaitu Tengku Huzir (Fahrin Ahmad) dan Indra Putra.
Pelakon
Rujukan