Sungai Kelantung (Jawi: سوڠاي كلنتوڠ; ataupun dikenali sebagai Sungai Kelanlung) merupakan sebatang sungai yang terletak di Daerah Jerantut, iaitu di negeri Pahang, Malaysia. Ia terletak kira-kira 150 km (93 bt) ke arah barat ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur. Sungai Kelantung juga merupakan anak sungai kepada Sungai Tekai dalam lembangan Sungai Tembeling dan terus mengalir ke Sungai Pahang.[1][2]
Sejarah
Sungai Kelantung telah pertama kali dipaparkan dalam peta terbitan Direktorat Pemetaan Negara Malaysia (kini dikenali sebagai Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia) iaitu, Malaysia 1:63,360 siri L7010 yang telah diterbitkan pada tahun 1966. Sungai Kelantung juga telah dipaparkan dalam peta terbitan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) iaitu, dalam Semenanjung Malaysia 1:50 000 siri MY502A dalam lemabar Mela dengan nombor lembar AZ42.[3][4]
Ciri-ciri fizikal
Sungai Kelantung berpunca daripada kawasan perhutanan primer di bukit tanpa nama. Sungai ini bakal bercantum bersama Sungai Tekai sebagaimana ia penamat bagi Sungai Kelantung dan terus mengalir ke Sungai Tembeling.[1][5]
Sungai Kelantung mengalir sepanjang kira-kira 2.35 km (1.46 bt) daripada hulu sehingga hilir sungainya.[5]
Rujukan