Sumpah-sumpah (juga: sesumpah, Jawi: سومڤه٢code: ms is deprecated ) atau kameleon (Jawi: كاميليون) adalah jenis reptilia dalam keluargaChamaeleonidae[1] dikenali dari kebolehan bertukar warna mengikut keadaan sekeliling; sebanyak 202 spesies dari keluarga ini diketahui setakat Jun 2015.[1] Cicak-cicak dalam keluarga ini bertaburan luas pelbagai habitat hutan hujan ke gurun di benua Afrika, Madagaskar, selatan Eropah sampailah ke Sri Lanka di selatan Asia.
Penamaan
Nama sumpah-sumpah dan sesumpah pada asalnya diberikan kepada sejenis mengkarung spesies Bronchocela cristatella (atau sinonimnya Calotes cristatellus)[2] kerana penampakan cicak itu yang sering membuka tutup mulutnya secara laju seakan mengucap sumpahan.[3][4] Nama cicak Bronchocela ini kemudiannya dikait bertindihan kepada cicak Chamaeleonidae kerana kedua-dua jenis cicak ini berkebolehan sama bertukar warna kulit sendiri.[5][3]
Nama kameleon pula menyerap bahasa Latinchamaeleōncode: la is deprecated ,[6] dipinjam dari kata Yunaniχαμαιλέωνcode: grc is deprecated khamailéōn[7] menggabungkan χαμαίcode: grc is deprecated khamaí "tanah"[8] dan λέωνcode: grc is deprecated léōn "singa"[9][10][11] dari bentuk jambul kepala haiwan ini yang menegak menyerupai bulu surai seekor singa jantan lalu dinamakan sedemikian oleh masyarakat Akkadia yang mula-mula mengetahui haiwan ini.[12]
Ciri fizikal
Sesumpah mempunyai bebola mata yang mampu digerakkan sendirian berpusingan seluruh 360 darjah; penglihatan ini ditumpukan melalui suatu lubang mata manakala sebahagian besar mata lain tertutup kerana tercantumnya kedua-dua kelopak atas dan bawah mata. Haiwan ini dapat melihat tidak sahaja dalam persekitaran bercahaya tampak malah juga bercahaya ultraungu.[13]
Kebolehan bertukar warna
Sesumpah mempunyai dua lapisan bawah kulit yakni satu lapisan kromatofor berpigmen dan satu lapisan iridofor mengandungi nanohablurguanina di bawahnya. Hablur-hablur guanina ini digerakkan agar mengubah struktur membolehkan pemantulan panjang gelombang dari cahaya luar menampakkan warna diubah.[14][15] Pelbagai spesies kameleon mengubah warna dan corak sepanjang spektrum kemerahan, kekuningan, kebiruan sampai keunguan.[16]
Sesumpah menukar warna kulit kerana pelbagai tujuan termasuk:[14]
^Wilkinson, Richard James (1932). "sumpah". A Malay-English dictionary (romanised). II. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 500 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.
^Günther, Albert C. L. G. (1864). "Bronchcela cristatella". The Reptiles of British India. London: Taylor and Francis. m/s. 138.
^"Chamaeleon News". Chameleonnews.com. August 2004. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 January 2008. Dicapai pada 1 November 2017.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link)
^Walton, B. Michael; Bennett, Albert F. (1993). "Temperature-Dependent Color Change in Kenyan Chameleons". Physiological Zoology. University of Chicago Press. 66 (2): 270–287. doi:10.1086/physzool.66.2.30163690. ISSN0031-935X. S2CID80673490.
^Dever, Jennifer (December 5, 2007). "Common Chameleon"(PDF). usfca.edu. Diarkibkan daripada yang asal(PDF) pada February 3, 2015. Dicapai pada January 9, 2012.