Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Diana Petra Abdullah (Jawi: دولي يڠ مها موليا سلطانه نور ديانا ڤيترا عبداللهcode: ms is deprecated ; lahir Jana Jakoubková; 25 Februari 1988 di Republik Czech) merupakan Sultanah Kelantan dan permaisuri kepada Sultan Kelantan ke-29, Sultan Muhammad V.
Sebagai Sultanah Kelantan, baginda selalu menemani suaminya dalam acara rasmi dan tidak rasmi. Baginda menghadiri Istiadat Pengurniaan Kehormatan Kebesaran Negeri Kelantan sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Muhammad V yang ke-53 pada 12 November 2022.[4]
Sumbangan sosial
Sultanah Nur Diana Petra Abdullah juga merupakan penaung diraja untuk pelbagai pertubuhan dan badan-badan kebajikan di negeri Kelantan. Pertubuhan di bawah baginda terdiri daripada:
Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Kelantan.
Pertubuhan Perkumpulan Perempuan Negeri Kelantan.
Gelaran Diraja
Sultanah Nur Diana Petra Abdullah telah dimasyhurkan dengan kurniaan Pangkat Kemuliaan yang membawa gelaran Duli Yang Maha Mulia Sultanah Kelantan pada 2 Ogos 2022.[5][6]
Gelaran DYMM Sultanah Kelantan diperuntukan untuk permaisuri sultan yang berasal daripada golongan orang kebanyakan (rakyat biasa), manakala gelaran DYMM Raja Perempuan Kelantan diperuntukan untuk permaisuri sultan yang berketurunan diraja. Gelaran ini kali terakhir digunapakai oleh DYMM Sultanah Zainab (Nik Wan Zainab binti Nik Wan Muhammad Amin) permaisuri kepada KDYMM Sultan Muhammad IV Ibni Sultan Muhammad III (10 Februari 1899 - 23 Disember 1920).
Dalam lipatan sejarah Kesultanan Kelantan juga terdapat tiga permaisuri yang bernama Zainab iaitu:
1) Sultanah Zainab (Nik Wan Zainab binti Nik Wan Muhammad Amin) permaisuri kepada KDYMM Sultan Muhammad IV (1888-1920)
2) Raja Perempuan Zainab I (Tengku Zainab binti Tengku Zainal Abidin) permaisuri kepada KDYMM Sultan Ibrahim (1914-1960)
Dalam majlis perasmian Festival Flora Negeri Kelantan 2024 yang diadakan pada bulan 8 Oktober 2024, satu spesies orkid kacukan hibrid telah dinamakan sebagai “Orkid Vandachostylis Sultanah Nur Diana Petra”, sebagai penghormatan kepada baginda. Nama ini diberikan oleh Persatuan Holtikultur Diraja yang berpusat di United Kingdom.[8]
Orkid berkenaan dihasilkan daripada kacukan antara Vandachostylis Prapawan sebagai induk betina dengan Vanda Ratchaburi Blue sebagai induk jantan. Kacukan hibrid itu dilakukan pada Julai 2021 dan berbunga kali pertama pada 8 Mac 2024.