Sultan Mahmud Lamanjiji Perkasa Alam atau disebut Tuanku Aji (lahir di Medan Deli, Medan, Sumatera Utara, 29 Ogos 1998; umur 26 tahun) ialah seorang pemerintah beraja di Indonesia. Baginda ialah Sultan Deli ke-14 yang menaiki takhta pada 23 Julai 2005.[2]
Sultan Deli
Baginda menjadi Sultan Deli termuda dalam sejarah, iaitu semasa berusia 8 tahun.[2][3] Baginda menggantikan ayahandanya yang mangkat dalam kemalangan di Lapangan Terbang Malikus Saleh pada 2005.[4] Sultan termuda sebelumnya ialah Sultan Ma'mun Al Rasyid Perkasa Alam (1873-1924) yang diangkat menjadi sultan ketika berusia 15 tahun.[2]
Semasa diangkat menjadi sultan, Tuanku Aji masih bersekolah di sebuah sekolah rendah di Medan Deli, Medan, Sumatera Utara.[2] Kesultanan Deli ketika itu dipangku oleh Tengku Hamdy Osman Delikhan yang merupakan Raja Muda Deli.[5] Walau bagaimanapun, Tuanku Aji telah terlibat dalam beberapa mesyuarat istiadat dengan pegawai-pegawai kesultanan.[6][7]
Lihat pula
Rujukan