Karl Stig-Erland "Stieg" Larsson (15 Ogos 1954 – 9 November 2004) adalah seorang wartawan dan penulis dari Sweden. Beliau dikenali kerana menulis trilogi novel jenayah Millenium yang diterbitkan selepas kematiannya dan diadaptasikan sebagai filem.
Beliau merupakan penulis kedua terlaris di dunia pada tahun 2008 selepas Khaled Hosseini.[1] Siri karya tunggal Millenium-nya ini telah dijual sebanyak 80 juta salinan di seluruh dunia.[2]
Bibliografi
- Män som hatar kvinnor ("Lelaki Yang Membenci Wanita"), 2005 - tajuk Inggeris: The Girl with the Dragon Tattoo, Januari 2008.
- Flickan som lekte med elden ("Gadis Yang Bermain Dengan Api"), 2006 - tajuk Inggeris: The Girl Who Played With Fire, 2009 di A.S.
- Luftslottet som sprängdes ("Istana Udara Yang Diletupkan"), 2007 - tajuk Inggeris: The Girl Who Kicked The Hornet's Nest, Oktober 2009 di UK, Mei 2010 di A.S.
Rujukan
Pautan luar