Stesen keretapi Gua Musang ialah sebuah stesen keretapi milik Keretapi Tanah Melayu yang terletak di Gua Musang, Kelantan, Malaysia. Stesen ini terletak dalam Laluan kereta api Pantai Timur dan menyediakan perkhidmatan KTM Antarabandar.
Kedudukan
Stesen ini terletak dipinggir bandar Gua Musang. Di sepanjang landasan kereta api terdapat jalan raya dua hala. Jarak dari stesen kereta api ke bandar lama kira-kira satu kilometer . Jarak dari stesen kereta api ke Bandar Baru Gua Musang kira-kira enam kilometer.
Perkhidmatan
Stesen kereta api Gua Musang menyediakan lima perkhidmatan kereta api;[1]
- Ekspres Rakyat Timuran menghala ke Johor Bahru
- Shuttle Timur (Tumpat–Kuala Lipis)
- Shuttle Timur (Tumpat–Gua Musang) (dua perkhidmatan)
- Shuttle Timur (Gua Musang–Kuala Lipis)
Rujukan
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.