Stefan Šćepović (Cyrilic Serbia: Cтeфaн Шћeпoвић; lahir 10 September 1990) merupakan pemain bola sepak Serbia. Beliau bermain di posisi penyerang.
Kerjaya kelab
Kerjaya awal
Šćepović memulakan kerjaya profesionalnya di OFK Beograd pada 2007. Pada 2010, beliau telah dipinjam ke Sampdoria.[1] Ketika beliau bersama Sampdoria, Sampdoria ingin membeli beliau secara rasmi pada penghujung musim.[2] Pada penghujung musim, Šćepović dikaitkan ke Juventus dan kelab Belgium, Club Brugge.[3]
Club Brugge
Pada Julai 2010, Šćepović menyertai kelab Belgium, Club Brugge.[4] Pada pertengahan musim, beliau dipinjam ke Kortrijk pada Januari 2011.[5]
Partizan
Pada 7 Jun 2012, Šćepović menandatangani kontrak selama dua tahun bersama FK Partizan.[6] Beliau bermain untuk Partizan dalam Liga Europa UEFA 2012–13 menentang Internazionale, Rubin Kazan dan Neftchi Baku.
Sporting Gijón
Pada Julai 2013, Šćepović menandatangani kontrak pinjaman tiga tahun bersama Sporting de Gijón.[7] Pada September, beliau menjadi pemain pertama dalam sejarah kelab yang menjaringkan gol dalam lima perlawanan pertama berturut-turut (menentang Real Madrid Castilla, Recreativo de Huelva, Mallorca, Ponferradina dan Deportivo de La Coruña).[8] This great performance was rewarded with the Segunda División Player of Month prize.[9]
Pada Januari 2014, Šćepović telah diundi oleh pembaca surat khabar sukan Sepanyol, Marca, sebagai pemain terbaik stengah musim, atau dirujuk sebagai "raja Segunda".[10] Beliau juga dipilih sebagai pemain terbaik dalam kempen 2013-14 oleh LFP.[11]
Pada 6 Februari 2014, Šćepović menandatangani kontrak selama empat tahun bersama Sporting sebanyak €1 juta,[12] beliau kekal bersama Sporting sehingga 2018.[13] Beliau menjaringkan 22 gol dari 39 penampilan untuk kelab.
Celtic
Pada 2 September 2014, Šćepović menandatangani kontrak selama empat tahun bersama Celtic, dengan bayaran sebanyak £2.3 juta.[14] Sebelas hari kemudian, beliau membuat debut untuk Celtic ketika menang 2-1 ke atas Aberdeen.[15]
Pada 23 Oktober, beliau menjaringkan gol untuk Celtic ketika menentang Astra Giurgiu dalam Liga Europa UEFA. Beliau menanduk masuk gol ketika Anthony Stokes melakukan sepakan percuma, Celtic menang 2–1.[16] Tiga hari kemudian, beliau menjaringkan gol liga pertamanya untuk Celtic ketika menentang Kilmarnock, 2-0. Gol lain dilakukan oleh sepakan percuma John Guidetti, akibat kekasaran Manuel Pascali ke atas Šćepović, lalu dibuang padang.[17]
Kerjaya antarabangsa
Šćepović membuat debut untuk pasukan kebangsaan Serbia pada 29 Februari 2012 dalam satu perlawanan persahabatan menentang Cyprus. Beliau menjaringkan gol pertama untuk Serbia ketika menentang Macedonia pada 15 Oktober 2013.
Gol antarabangsa
Statistik kerjaya
Kelab
- Sehingga 3 Disember 2014
Penghargaan
Sporting de Gijón
- Pemain Bulanan Segunda División: September 2013[18]
Rujukan