Kjell Stefan Löfven (sebutan Sweden: [ˈstěːfan lœˈveːn]; secara rasmi Löfvén; lahir 21 Julai 1957) ialah seorang ahli politik Sweden yang berkhidmat sebagai Presiden Sosialis Eropah sejak Oktober 2022. Beliau sebelum ini berkhidmat sebagai Perdana Menteri Sweden dari Oktober 2014 hingga November 2021 dan ketua Parti Demokratik Sosial dari 2012 hingga 2021.
Löfven mengetuai Parti Demokratik Sosial dan memenangi Pilihan raya umum Sweden 2014 (31.3 peratus undi). Löfven cuba untuk membentuk kerajaan dengan Parti Hijau Sweden dan menentang dasar perkauman.
Pendidikan dan kerjaya
Beliau lahir di Stockholm pada 21 Julai 1957. Beliau belajar di Sollefteå High School kemudian kursus mengimpal besi selama 48 minggu di Kramfors. Löfven belajar di University Kerja Sosial Umeå.
Mulai 1979 dia bekerja sebagai tukang kimpal di Hägglunds, Örnsköldsvik. Kemudian menyertai Kesatuan Sekerja Pekerja Besi Sweden. Pada November 2005 menjadi pengerusi If Metall.
Penglibatan politik
Löfven menganggotai Parti Demokrat Sosial sejak usia remajanya melalui sayap pemuda ia, Sveriges Socialdemokratiska Ungdomsförbund. Berikutan peletakkan jawatan ketua parti oleh Håkan Juholt pada Januari 2012, lembaga eksekutif parti tersebut melantik Löfven sebagai penggnati pada 26 hari bulan[1][2][3] serta disahkan dalam suatu undian dalaman parti pada hari berikutnya.[4][5] Jawatan Löfven dsahkan pada suatu kongres agung dwitahunan parti Demokrat Sosial pada 4 April 2013.[6]
Rujukan