Stadium Lusail Iconic atau Stadium Lusail (Arab: ملعب لوسيل الدولي, rumi: Malʿab Lūsayl ad-Dwaliyy, lit. 'Padang Permainan Antarabangsa Lusail') (Melayu: Stadium Ikonik Lusail) ialah sebuah stadium bola sepak di Lusail, Qatar. Stadium ini akan menjadi tuan rumah perlawanan akhir Piala Dunia FIFA 2022.[4]
Stadium Lusail, yang dimiliki oleh Persatuan Bola Sepak Qatar,[5] ialah stadium terbesar di Qatar dan salah satu daripada lapan stadium yang ditukar untuk Piala Dunia FIFA 2022 Qatar.[6]
Stadium ini terletak kira-kira 20 km ke utara Doha.[7] Stadium Lusail telah dirasmikan pada 9 September 2022 dengan perlawanan Piala Super Lusail.[8]
Rujukan
Pautan luar
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.