Sri seremban

Sri seremban
Ditubuhkan pada tahun 1989
Puan Suzana Bt Yusuf

Pada tanggal 3 Disember 1989, Sekolah SRI Seremban ditubuhkan dengan bilangan murid sekitar 27 orang dan dua orang guru. Bermulalah satu perjalanan hidup yang dihiasi dengan episod-episod yang menarik. Sekolah SRI Seremban dicetuskan atas keinginan dan hasrat yang menggunung daripada kumpulan Angkatan_Belia_Islam_Malaysia demi menyediakan kelangsungan pendidikan Islamkepada anak-anak mereka. Bertitik tolak daripada itu, dengan segala kepayahan, iltizam dan keyakinan yang tinggi serta pergantungan harap yang jitu ke hadrat Ilahi, maka Sekolah SRI Seremban memulakan sesi pengajiannya. Infrastruktur yang serba kurang dan dhaif, tidak mematahkan semangat dan kesungguhan Lembaga Pengelola Sekolah dan guru-guru untuk terus melaksanakan jihad pendidikan . Sekolah SRI Seremban telah berdaftar dengan no. pendaftaran NJA4001 di bawah Unit Perhubungan dan Pendidikan Swasta dan Kementerian Pelajaran Malaysia dan juga berdaftar di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Sembilan