Sistem pendaftaran tanda-tanda Madrid (Madrid system for the international registration of marks) ialah sistem primer antarabangsa yang memudahkan pendaftaran tanda dagang di berbagai-bagai juriksdiksi seluruh dunia. Ia didasarkan kepada suatu perjanjian mulitlateral (Madrid Agreement Concerning the International Registration of Marks) tahun 1891, serta juga Protokol Berkaitan Perjanjian Madrid (Protocol Relating to the Madrid Agreement, 1989); kedua-dua dokumen ini dilaksanakan dalam sidang diplomatik yang diadakan di Madrid, Sepanyol pada ketika itu.
Sistem ini ditadbir Biro Antarabangsa Pertubuhan Harta Intelek Sedunia di Geneva, Switzerland. Sebanyak 90 buah negara memasuki sistem tersebut.
Pautan luar