Sirindhorn

Sirindhorn
سيريندور
มหาจักรีสิรินธร
Puteri dari Thailand
Keputeraan (1955-04-02) 2 April 1955 (umur 69)
Bangkok, Thailand
KerabatDinasti Chakri
AyahandaRaja Bhumibol Adulyadej (Rama IX)
BondaRatu Sirikit
AgamaBuddhisme
TandatanganTandatangan Sirindhorn سيريندور มหาจักรีสิรินธร

Puteri Maha Chakri Sirindhorn dari Thailand (Bahasa Thai: มหาจักรีสิรินธร, Sebutan bahasa Thai: [mā.hǎː t͡ɕàk.krīː sì.rīn.tʰɔ̄ːn]; Maha Chakkri Sirinthon), lahir sebagai Puteri Sirindhorn Debaratanasuda Kitivadhanadulsobhagya (Bahasa Thai: สิรินธรเทพรัตนสุดา กิติวัฒนาดุลโสภาคย์; RTGSSirinthontheppharattanasuda Kitiwatthanadunlasophak) pada 2 April 1955 ialah puteri kedua Raja Bhumibol Adulyadej.[1]

Gelaran rasmi DYTM ialah Somdech Phra Debaratanarajasuda Chao Fa Maha Chakri Sirindhorn Rathasimagunakornpiyajat Sayamboromrajakumari[2] (สมเด็จพระเทพรัตนราชสุดา เจ้าฟ้ามหาจักรีสิรินธร รัฐสีมาคุณากรปิยชาติ สยามบรมราชกุมารี; RTGSSomdet Phra Theppharat Rat Suda Chao Fa Maha Chakkri Sirinthon Ratthasima Khunakon Piyachat Sayam Borommaratchakumari), yang dikurniakan oleh paduka ayahandanya pada 5 Disember 1977. Rakyat Thai sering menggelarnya sebagai "Phra Thep", atau "puteri kayangan". Gelaran DYTM merupakan gelaran yang setara dengan gelaran kakandanya, Putera Mahkota Maha Vajiralongkorn.[3] Pemindaan perlembagaan Thailand pada 1974 telah membenarkan anakanda perempuan untuk mewarisi takhta sekali gus menjadikan DYTM salah seorang daripada mereka yang layak untuk menjadi raja. [4]

Biografi

Puteri Sirindhorn, anakanda ketiga Raja Bhumibol dan Permaisuri Sirikit, diputerakan pada 2 April 1955. Disebabkan pasangan diraja tersebut hanya mempunyai seorang anak lelaki, perlembagaan Thailand telah dipinda untuk membenarkan anakanda perempuan menaiki takhta. Hal ini menjadikan Sirindhorn orang kedua yang layak untuk mewarisi takhta negara itu, di belakang kakandanya, Vajiralongkorn, sehinggalah keputeraan Puteri Bajrakitiyabha, anakanda kepada Vajiralongkorn pada tahun 1978. Siddhi Savetsila, salah seorang anggota Majlis Privi, pernah mengatakan kepada bekas duta Amerika Syarikat pada awal tahun 2010 bahawa Puteri Sirindhorn mungkin boleh dijadikan pewaris takhta Thailand jika kakandanya, Vajiralongkorn, mangkat. [5]

Terasul, gelaran, kurniaan dan anugerah

Gaya bagi
Puteri Maha Chakri Sirindhorn dari Thailand
Rujukan gayaDuli Yang Teramat Mulia
Gaya percakapanDuli Tuanku
Gaya alternatifMa'am

Terasul

  • 2 April 1955 – 5 Disember 1977: Yang Teramat Mulia Puteri Sirindhorn Debaratanasuda
  • 5 Disember 1977 – Kini: Duli Yang Teramat Mulia Puteri Maha Chakri Sirindhorn, Puteri diraja Thailand

Gelaran

Gelaran dan terasul penuh Puteri: Duli Yang Teramat Mulia Puteri Somdech Phra Debaratanarajasuda Chao Fa Maha Chakri Sirindhorn Rathasimagunakornpiyajat Sayamboromrajakumari of Thailand[a]

Nota

  1. ^ (สมเด็จพระเทพรัตนราชสุดา เจ้าฟ้ามหาจักรีสิรินธร รัฐสีมาคุณากรปิยชาติ สยามบรมราชกุมารี; RTGSSomdet Phra Theppha Rat Ratcha Suda, Chao Fa Maha Chakkri Sirinthon, Ratta Sima Khunakon Piya Chat, Sayam Boromma Ratcha Kumari). The title Sayam Boromma Ratcha Kumari is comparable to the British title of The Princess Royal.[petikan diperlukan].

Rujukan

  1. ^ "Biography of Her Royal Highness Princess Maha Chakri Sirindhorn"
  2. ^ "Her Royal Highness Princess Maha Chakri Sirindhorn's Activities". Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Mac 2016. Dicapai pada 23 Februari 2016.
  3. ^ Backman, Michael, "Thai riches hinged on wise king's prodigal son" The Age, 28 June 2006.
  4. ^ Kershaw, Roger (2001), Monarchy in South East Asia: The faces of tradition in transition, Routledge, m/s. 153
  5. ^ Watkins, Mary, P00144feabdc0.html#ixzz18VY4x1YT Cables breach taboo on Thai royal family" Financial Times, 16 December 2010.