Sihaq atau wanita yang melakukan hubungan seks dengan wanita (Bahasa Inggeris: Women who have sex with women, singkatan: WSW) ialah wanita yang terlibat dalam aktiviti seksual dengan wanita lain, sama ada mereka mengenal pasti diri mereka sebagai lesbian, biseksual atau heteroseksual, atau mengetepikan pengenalan seksual sama sekali.[1] Istilah WSW sering digunakan dalam kesusasteraan perubatan untuk menggambarkan wanita tersebut sebagai kumpulan untuk kajian klinikal, tanpa perlu mempertimbangkan identiti diri seksual.