Shokugeki no Soma (Jepun: 食戟のソーマcode: ja is deprecated , Hepburn: Shokugeki no Sōma, lit. "Perang/Perlawanan Makanan Sōma"), juga dikenali dengan tajuk Food Wars!: Shokugeki no Soma dalam Bahasa Inggeris, merupakan sebuah siri mangashounenmemasak yang dikarang oleh Yūto Tsukuda dan diilustrasikan oleh Shun Saeki. Yuki Morisaki juga bekerja sebagai penasihat kreatif melalui penyediaan resipi dalam jalan cerita siri ini. Manga ini disirikan dalam Shōnen Jump Mingguan oleh Shueisha. Sehingga Julai 2017, 25 jilid telah dikeluarkan di Jepun. Sebuah siri anime adaptasi manga ini dihasilkan oleh J.C.Staff mempunyai tiga buah musim (musim pertama ditayangkan pada 3 April sehingga 25 September 2015, musim kedua ditayangkan pada 2 Julai sehingga 24 Septeber 2016 dan musim ketiga ditayangkan pada 4 Oktober 2017 sehingga kini).
Siri ini dilesenkan dalam bahasa Inggeris oleh Viz Media.[7]
Shokugeki no Soma menceritakan kisah seorang pemuda bernama Soma Yukihira, yang impiannya untuk menjadi seorang chef terhebat di restoran ayahnya dan mengalahkan kemahiran memasak ayahnya. Tetapi detik Soma lulus sekolah menengah pertama, ayahnya, Jōichirō Yukihira, menutup restoran itu dan memasak di Amerika. Walau bagaimanapun, semangat juang Soma terus membara untuk mengalahkan Jōichirō iaitu dengan terus hidup di sekolah memasak elit di mana kurang daripada 10% pelajar yang dapat lulus.
Pada detik keputusan ujian dikeluarkan, Soma diberitahu gagal oleh Erina, tetapi dengan bantuan pengetua sekolah yang juga merupakan datuk Erina, Soma berkelayakan masuk ke Tootsuki. Dengan itu bermulalah kehidupan Soma di sekolah memasak tersebut.
Pencapaian
Manga ini berada di tempat kedua belas dalam peninjauan 20 Teratas Manga Lelaki Kono Manga ga Sugoi! 2014[8] dan ia merupakan yang ketiga dalam Nationwide Bookstore Employees' Recommended Comics of 2014.[9]
Jilid 1 telah terjual 139,657 buah salinan pada 28 April 2013[10], jilid 2 telah terjual 176,682 buah salinan pada 16 Jun 2013[11], jilid 3 telah terjual 238,590 buah salinan pada 18 Ogos 2013[12], jilid 4 telah terjual 252,975 buah salinan pada 22 September 2013[13], jilid 5 telah terjual 271,570 buah salinan pada 22 Disember 2013[14], jilid 6 telah terjual 277,726 buah salinan pada 23 Februari 2013[15] dan jilid 7 telah terjual 279,364 buah salinan pada 20 April 2014.[16]
Lihat juga
Oishinbo (debut 1988), siri manga dan anime memasak
Cooking Papa (debut 1992), siri manga dan anime memasak
Chūka Ichiban! (debut 1995), siri manga dan anime memasak
^Walaupun Crunchyroll mempunyai lesen untuk musim 3–5, Sentai Filmworks masih mengawal siaran media rumah dan alih suara dalam bahasa Inggeris untuk siri ini.
Rujukan
^Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama VizLicence