Sharm el-Sheikh (Arab: شرم الشيخcode: ar is deprecated , Sharm al-Shaykh) ialah sebuah bandar di penghujung selatan Semenanjung Sinai di Mesir, yakni kawasan di sepanjang pesisiran pantai di antara Laut Merah dan Gunung Sinai.
Sharm el-Sheikh dikenali sebagai bandar pelancongan, terutamanya untuk aktiviti air, misalnya selam paras permukaan atau menyelam. Berbagai hotel dan restoran luar negeri yang terkenal terletak di sini. Menurut BBC, Sharm el-Sheikh ialah kawasan yang popular di kalangan para pelancong dari Israel, Jordan, Mesir dan Eropah.