Gambaran kerjaya
Shaharuddin Abdullah pernah menjadi salah satu penyerang paling digeruni di Malaysia. Beliau dikenali sebagai "Harimau Malaysia" kerana keupayaannya untuk menjaringkan gol.[2][3] Beliau pernah menjaringkan 15 gol untuk Malaysia dalam kejohanan Pestabola Merdeka yang berdiri sebagai rekod untuk masa yang sangat lama.[4]
Kerjaya bermain dalam tahun 1960-an hingga 1980-an melibatkan kecemerlangan selama 3 dekad semasa
era pemain hebat seperti Abdul Ghani Minhat, Syed Ahmad Syed Abu Bakar, N.Thanabalan, Wong Choon Wah dan Mokhtar Dahari.
Shaharuddin mula bermain bola sepak ketika berusia 9 tahun. Beliau menggunakan padang Marin Sg.Gelugor berdekatan
rumah untuk belajar kemahiran bola sepak. Bapanya Abdullah Mohammad adalah seorang penjaga gol untuk
Pulau Pinang pada tahun 1950-an. Beliau di posisi penjaga gol namun akhirnya bertukar menjadi penyerang, seorang penyerang yang bagus.
Beliau membantu sekolahnya, Sekolah Kebangsaan Sungai Gelugor, untuk memenangi kejohanan antara sekolah dan daerah.
Pada tahun 1964, beliau telah dipilih untuk bermain bagi pasukan Pulau Pinang dalam Piala Burnley bersama adiknya,
Namat Abdullah, Ali Bakar, Khalil Hashim, Cha Peng Chiang, Yap Kim Kok, Mohamad Bakar dan N.Baskaran.[5]
Beliau bermain untuk Malaysia dalam Sukan Olimpik Munich 1972.[6][7][8][9] Secara keseluruhan, Shaharuddin mempunyai 70 kaps penampilan dengan 39 gol antarabangsa untuk Malaysia.[10] Beliau juga pernah menjadi sebahagian (di bangku simpanan) pasukan yang memenangi pingat gangsa dalam Sukan Asia 1974 di Teheran, Iran dan mewakili Malaysia dari 1968 hingga 1981. [11] Pada 28 Disember 2023, beliau disahkan meninggal dunia di Hospital Taiping, Perak akibat Penyakit Asma.
Kepujian
Rujukan
Pautan luar
Persondata
|
Nama
|
Shaharuddin_Abdullah
|
Nama alternatif
|
|
Pemerihalan ringkas
|
Malaysian Footballer
|
Tarikh kelahiran
|
1948
|
Tempat kelahiran
|
Pulau Pinang,Malaysia
|
Tarikh kematian
|
|
Tempat kematian
|
|