Dato' Sha'arani Mohamad merupakan bekas Ahli Dewan Negeri Perak untuk Rungkup dari tahun 2004 hingga 2013 lalu. Beliau juga merupakan bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bagan Datuk di bawah ketuanya, Ahmad Zahid Hamidi.[1]
Meninggal dunia
Beliau telah meninggal dunia pada 5 November 2018 di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu, Kelantan pada jam 1.36 pagi dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Langgar, Kota Bharu, Kelantan.[2]
Rujukan