Sesi khas kecemasan kesebelas Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu adalah suatu sesi bagi menangani isu pencerobohan Rusia ke atas Ukraine yang berlaku sejak Februari 2022. Sesi tersebut diadakan di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di bandar raya New York, Amerika Syarikat[1] dan dibuka pada 28 Februari 2022.[2] Ia ditangguhkan buat sementara pada 2 Mac, yang diikuti dengan penerimaan Ketetapan PBB ES-11/1.[3] Sesi tersebut bersidang semula pada 23 dan 24 Mac untuk menerima pakai Ketetapan PBB ES-11/2 dan pada 7 April untuk menerima pakai Ketetapan PBB ES-11/3, yang menggantung keanggotaan Persekutuan Rusia daripada Majlis Hak Asasi Manusia.[4]
Rujukan
Pautan luar