Serbia dan Montenegro merupakan bekas negara kesatuan Serbia dan Montenegro. Pada 4 Februari2003 negara Yugoslavia menukar namanya kepada Serbia dan Montenegro. Pada 21 Mei2006, penduduk Montenegro telah mengadakan referendum untuk mendapatkan kemerdekaan. Keputusannya 55.5% penduduk Montenegro memilih untuk berpisah daripada kesatuan ini.
Montenegro mengisytiharkan kemerdekaan pada 3 Jun2006, dan mereka diikuti oleh Serbia pada 5 Jun.
Sebenarnya, kesatuan ini mempunyai perhubungan yang longgar. Sebelum kemerdekaan, Serbia dan Montenegro telah mempunyai mata wang serta dasar ekonomi yang berbeza.