Pada 11 Mei 2021, sebuah serangan berlaku di Gimnasium no. 175 di Kazan, Tatarstan, Rusia.[3] Sembilan orang meninggal dunia selepas serangan tersebut (7 pelajar dan 2 orang dewasa)[1][4], manakala sekurang-kurangnya 21 orang yang lain tercedera.[5]
Orang yang disyaki
Seorang yang disyaki berusia 19 tahun yang lulus daripada sekolah tersebut empat tahun lalu telah ditahan.[6] Senjata api Hatsan Escort PS digunakan oleh orang 19 tahun itu telah didaftar secara rasmi dua minggu yang lalu.[7][8]
Satu lagi orang bersenjata api yang disyaki dilaporkan terbunuh di bilik darjah di tingkat empat,[9] namun laporan ini tidak disahkan oleh presiden Tatarstan.[10]
Lihat juga
Rujukan