Masterpiece ialah sebuah kumpulan rock Iban dari Sibu, Sarawak. Ditubuhkan pada 2003, kumpulan ini terdiri daripada Depha Masterpiece (vokal), Kennedy Edwin (gitar-vokal), Willy Edwin (gitar utama), Watt Marcus (bes), Harold Vincent (dram), Valentine Jimmy (keyboard) dan Roslee Qadir (keyboard).[1][2] Kumpulan ini telah merakamkan lagu dan single untuk empat album studio dan beberapa lagu untuk pelbagai artis kolaborasi. Masterpiece melancarkan album pertama mereka Merindang Ke Bintang pada 2009 dan dikeluarkan semula oleh Panggau Buluh Pengerindu Records pada tahun berikutnya. Lima lagu dari Merindang Ke Bintang telah ditulis oleh Depha, sementara "Kumang Mimpi" ditulis bersama oleh Roslee Qadir, Willy dan Kennedy Edwin.[3][4]
Pada 2013, band ini melancarkan album kedua mereka Rock & Roll, yang sekali lagi mengambil Depha untuk penulisan lagi. Album ini diikuti oleh muzik video diarahkan Cosmas Moses Alexander.[5] Pada tahun berikutnya, Masterpiece melancarkan Ngap Sayot menerusi syarikat rakaman bebas, Do Records Entertainment, yang juga mengambil Roslee Qadir untuk liriknya bagi versi bahasa Melayu Sarawak untuk lagu "Ngap Sayot".[6][7] Masterpiece kembali pada 2016 dengan album keempat mereka Ngarap Ka Nuan Nikal Pulai, penulisan lagu untuk album ini dikendalikan oleh Depha.[8][9] Pada 5 Ogos 2017, kumpulan ini melancarkan single “Perecha” sebagai single kedua dari album mereka yang akan datang.[10]
Berikut ialah senarai lagu yang dirakamkan oleh Masterpiece.
^Masterpiece New Album 2016, Ngarap Ka Nuan Nikal Pulai. "Masterpiece new album 2016". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-02. Dicapai pada 2017-05-14.
^Compilations, Masterpiece. "Mansau Leka Padi". The Borneo Post. Borneo Post news.
^ abcdAlbum, Masterpiece. "Ngap Sayot". dore.my. Do Records Entertainment. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-07-12. Dicapai pada 2017-05-14.
^Single, Masterpiece. "Ngarap Ka Nuan Nikal Pulai". dore.my. Do Records Entertainment. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-02-09. Dicapai pada 2017-05-14.