Senarai kuantiti fizik

Senarai ini ialah senarai kuantiti fizik.

Jadual pertama menyenaraikan kuantiti asas yang digunakan dalam Sistem Unit Antarabangsa untuk mentakrifkan dimensi fizik bagi kuantiti fizik untuk analisis dimensi. Perhatikan bahawa sudut dan sudut padu disertakan dalam senarai ini tetapi sebenarnya merupakan kuantiti tidak berdimensi. Jadual kedua menyenaraikan kuantiti fizik lain.

Perhatikan:- kedua-dua nama atau simbol yang digunakan untuk kuantiti fizik merupakan piawaian antarbangsa. Sesetengah kuantiti dikenali dengan beberapa nama berbeza seperti medan-B magnet yang dikenali sebagai ketumpatan fluks magnet, aruhan magnet atau hanya dengan medan magnet bergantung pada konteks. Serupa, tegangan permukaan boleh ditandai dengan sama ada σ, γ atau T. Jadual biasanya menyenaraikan hanya satu nama dan simbol.

Lajur terakhir menyenaraikan sesetengah sifat khas yang dipunyai oleh sesetengah kuantiti seperti tingkah laku penskalaannya (sama ada kuantiti berkenaan intensif atau ekstensif), sifat transformasinya (iaitu sama ada kuantitinya skalar, vektor atau tensor) atau sama ada kuantiti berkenaan adalah abadi.

Kuantiti asas Simbol Perihal Unit SI Simbol untuk dimensi Catatan
Panjang l Takat sedimensi bagi objek. meter (m) L
Jisim m Amaun jirim di dalam objek. kilogram (kg) M ekstensif
Masa t Tempoh bagi peristiwa. saat (s) T
Arus elektrik I Kadar aliran cas elektrik. ampere (A) I
Suhu T Tenaga purata per darjah kebebasan bagi sistem. kelvin (K) Θ instensif
Amaun bahan n Bilangan zarah berbanding dengan bilangan atom di dalam 0.012 kg 12C. mol (mol) N ektensif
Keamatan berluminositi L Amaun tenaga yang dipancarkan oleh sumber cahaya di arah tertentu. kandela (cd) J
Kuantiti terbitan Simbol Perihal Unit SI Dimensi Catatan
Aktiviti pemangkinan Perubahan kadar tindak balas oleh sebab kehadiran mangkin. katal (kat = mol s−1) N T−1
Aktiviti (radioaktif) A Bilangan zarah yang mereput per unit masa. becquerel (Bq = s−1) T−1 ekstensif
Berat w Amaun daya gravitasi yang dikenakan terhadap objek. newton (N = kg m s−2) M L T−2
Cas elektrik Q Amaun cas elektrik. coulomb (C = A s) I T ekstensif, kuantiti abadi
Daya F Penyebab pecutan, bertindak terhadap objek. newton (N = kg m s−2) M L T−2 vektor
Daya pengaliran terma k Unutk kesenangan mengukur bahan mengalirkan haba. W m−1 K−1 M L T−3 Θ−1 intensif
Dos (radioaktif) D Amaun tenaga yang diserap oleh tisu biologi daripada sinaran mengion per unit jisim. gray (Gy = m2 s−2) L2 T−2
Dos setara H Ukuran untuk amaun sinaran yang diterima yang dilaraskan untuk kesan bagi jenis berlainan bahan sinaran terhadap tisu biologi. sievert (Sv = m2 s−2) L2 T−2
Entropi S Ukuran untuk amaun keadaan tersedia untuk sistem. J K−1 M L2 T−2 Θ−1 ekstensif, skalar
Entropi molar Amaun entropi yang hadir dalam sistem per unit amaun bahan. J K−1 mol−1 M L2 T−2 Θ−1 N−1 intensif
Frekuensi f Bilangan kali sesuatu berlaku dalam tempoh masa. hertz (Hz =s−1) T−1
Fluks berluminositi (atau kuasa berluminositi) F Kuasa terpersepsi bagi sumber cahaya. lumen (lm = cd sr) J
Fluks magnet Φ Ukuran kuantiti kemagnetan, mengambil kira kekuatan dan takat medan magnet. weber (Wb = kg m2 A−1 s−2) M L2 T−2 I−1 skalar
Haba Q Amaun tenaga yang dipindahkan antara sistem oleh sebab perbezaan suhu. J M L2 T−2
Halaju v Laju objek di arah terpilih. m s−1 L T−1 vektor
Impedans Z Ukuran untuk rintangan bagi litar elektrik melawan arus ulang-alik. ohm (Ω = kg m2 A−2 s−3) L2 M T−3 I−2 skalar kompleks
Impuls p Penyebab perubahan momentum, bertindak terhadap objek. kg m s−1 M L T−1 vektor
Indeks biasan n Faktor yang dengannya laju cahaya dikurangkan di dalam medium. 1 intensif
Induktans L Ukuran untuk amaun fluks magnet yang dijana selama larian arus tertentU melalui litar. henry (H = kg m2 A−2 s−2) M L2 T−2 I−2
Iradians E Kuasa sinaran elektromagnet yang mengalir melalui permukaan per unit luas. W m−2 M T−2
Isi padu V Takat tiga dimensi bagi objek. m3 L3 ekstensif
Isi padu tentu v Isi padu yang didiami oleh seunit jisim bahan (salingan ketumpatan). m3 kg−1 L3 M−1 intensif
Kadar dos terserap Dos terserap yang diterima per unit masa. Gy s−1 L2 T−3
Kadar tindak balas r Ukuran untuk laju tindak balas kimia mol m−3 s−1 N L−3 T−1 intensif
Kapasitans C Ukuran untuk amaun cas tersimpan untuk keupayaan yang diberikan. farad (F = A2 s4 kg−1 m−2) I2 T4 M−1 L−2
Keamatan radian I Kuasa bagi sinaran elektromagnet terpancar per sudut padu. W sr−1 M L2 T−3 skalar
Kebolehtelapan μ Ukuran untuk cara pemagnetan bahan dipengaruhi oleh penggunaan medan magnet luaran. H m−1 M L−1 I−2 intensif
Kecahayaan Ev Jumlah insidens fluks berluminositi kepada permukaan per unit luas. lux (lx = cd sr m−2) J L−2
Kekonduksian elektrik G Ukuran untuk betapa mudah arus mengalir melalui bahan. siemens (S = A2 s3 kg−1 m−2) L−2 M−1 T3 I2 skalar
Kekuatan medan elektrik E Kekuatan medan elektrik. V m−1 M L T−3 I−1 medan vektor
Kekuatan medan magnet H Kekuatan medan magnet di dalam bahan. A m−1 I L−1 medan vektor
Kelikatan dinamik η Ukuran untuk rintangan bagi bendalir tidak boleh mampat untuk menegas. Pa s M L−1 T−1
Kepekatan aktiviti pemangkinan Perubahann kadar tindak balas oleh sebab kehadiran mangkin per unit isi padu bagi sistem. kat m−3 N L−3 T−1
Kepekatan molar C Amaun bahan per unit isi padu. mol m−3 N L−3 intensif
Kerja W Tenaga yang dilesapkan oleh daya yang bergerak di sepanjang jarak, hasil darah skalar bagi daya dan vektor pergerakan. joule (J = kg m2 s−2) M L2 T−2 scalar
Ketelusan ε Ukuran untuk cara pengutuban bahan dipengaruhi oleh penggunaan medan elektrik luaran. F m−1 I2 M−1 L−3 T4 intensif
Ketumpatan arus J Amaun arus elektrik yang mengalir melalui permukaan. A m−2 I L−2 vektor
Ketumpatan cas elektrik ρQ Amaun cas elektrik per unit isi padu. C m−3 I T L−3 intensif
Ketumpatan fluks haba ϕQ Amaun haba yang mengalir melalui permukaan per unit luas. W m−2 M T−3
Ketumpatan fluks magnet B Measure for the strength of the magnetic field. tesla (T = kg A−1 s−2) M T−2 I−1 medan pseudovektor
Ketumpatan jisim (ketumpatan isi padu) ρ Amaun jisim per unit isi padu bagi objek tiga dimensi. kg m−3 M L−3 intensif
Ketumpatan linear ρl Amaun jisim per unit panjang bagi objek sedimensi. M L−1
Ketumpatan luas ρA Amaun jisim per unit luas bagi objek dua dimensi. kg m−2 M L−2
Ketumpatan tenaga ρE Amaun tenaga per unit isi padu. J m−3 M L−1 T−2 intensif
Keupayaan elektrik V Amaun kerja yang diperlukan untuk membawa seunit cas ke dalam medan elektrik dari ketidakterhinggaan. volt (V = kg m2 A−1 s−3) L2 M T−3 I−1 skalar
Keupayaan kimia μ Amaun tenaga yang diperlUkan untuk menambahkan zarah kepada sistem. J mol−1 M L2 T−2 N−1 intensif
Kuasa P Kadar perubahan tenaga per unit masa. watt (W) M L2 T−3 ekstensif
Laju v Kadar perubahan kedudukan objek. m s−1 L T−1 skalar
Laju sudut (atau halaju sudut) ω Sudut yang ditambahkan pada satah dengan tembereng yang menghubungkan objek dengan titik rujukan. rad s−1 T−1 skalar atau pseudovector
Luas A Takat dua dimensi bagi objek. m2 L2
Masa hayat min τ Masa purata yang diperlukan untuk zarah mereput. s T intensif
Momen inersia I Inersia bagi objek dengan kaitan dengan pecutan sudut. kg m2 M L2 tensor
Momentum p Hasil darab jisim dan halaju objek. N s M L T−1 vektor, ekstensif
Momentum sudut L Ukuran takat dan arah dan objek berputar pada titik rujukan. kg m2 s−1 M L2 T−1 kuantiti abadi, pseudovektor
Muatan haba Cp Amaun tenaga yang diperlukan untuk meningkatkan suhu bagi sistem sebanyak satu darjah. J K−1 M L2 T−2 Θ−1 ekstensif
Muatan haba molar c Muatan haba bagI bahan per unit amaun bahan. J K−1 mol−1 M L2 T−2 N−1 intensif
Muatan haba tentu c Muatan haba per unit jisim. J kg−1 K−1 L2 T−2 Θ−1 intensif
Nombor gelombang k Salingan bagi panjang gelombang. m−1 L−1
Panjang gelombang λ Jarak di antara unit berulang-ulang bagi gelombang merambat. m L
Pecahan jisim x Jisim bahan sebagai pecahan bagi jumlah jisim. kg/kg 1 intensif
Pecutan a Kadar perubahan laju atau halaju bagi objek. m s−2 L T−2 Vektor
Pecutan sudut α Kadar perubahan laju atau halaju sudut. rad s−2 T−2
Pemagnetan M Amaun momen magnet per unit isi padu. A m−1 I L−1 medan vektor
Radians L Kuasa bagi sinaran elektromagnet terpancar per sudut padu dan per luas sumber terunjur. W m−2 sr−1 M T−3
Rintangan elektrik R Darjah yang kepadanya objek menentang laluan bagi arus elektrik. ohm (Ω = kg m2 A−2 s−3) L2 M T−3 I−2 skalar
Separuh hayat t1/2 Masa yang diperlukan untuk suatu kuantiti untuk mereput kepada separuh nilai aslinya. s T
Sesaran elektrik D Kekuatan sesaran elektrik. C m−2 I T L−2 medan vektor
Sudut padu Ω Ukuran saiz objek seperti diunjurkan pada sfera. steradian (sr) 1
Sudut satah θ Ukuran perubahan arah atau orientasi. radian (rad) 1
Spin S Sifat intrinsik bagi zarah, kasar-kasar ditafsirkan sebagai momentum sudut intrinsik bagi zarah. kg m2 s−1 M L2 T−1
Tegasan σ Amaun daya yang dikenakan per luas permukaan. Pa M L−1 T−2 2-tensor. (atau skalar)
Tekanan p Amaun daya per unit luas. pascal (Pa = kg m−1 s−2) M L−1 T−2 intensif
Tenaga E Muat bagi jasad atau sistem untuk melakukan kerja. joule (J = kg m2 s−2) M L2 T−2 ekstensif, skalar, kuantiti abadi
Tenaga molar Amaun tenaga yang hadir dalam sistem per unit amaun bahan. J mol−1 M L2 T−2 N−1 intensif
Tenaga tentu Amaun tenaga yang hadir per unit jisim. J kg−1 L2 T−2 intensif
Tegangan permukaan γ Amaun kerja yang diperlukan untuk mengubah permukaan cecair sebanyak seunit luas permukaan. N m−1 or J m−2 M T−2
Tork (momen bagi daya) τ Hasil darah bagi daya dan jarak berserenjang bagi daya dari titik yang padanya ia dikenakan. N m M L2 T−2 pseudovektor

Rujukan