Episod
|
Tajuk
|
Tarikh siaran pertama
|
TV3 |
Disney Channel Asia
|
1 | "MISI: I.R.I.S." | 8 April 2016 (2016-04-08) | 15 Disember 2017 (2017-12-15) |
---|
Ali merupakan seorang pelajar sekolah berumur 12 tahun yang bergelut di sekolah dan juga menjadi mangsa buli. Kehidupannya berubah apabila dia secara tidak sengaja menggunakan teknologi yang dicuri oleh dua penjahat. |
2 | "MISI: ALPHA" | 15 April 2016 (2016-04-15) | 22 Disember 2017 (2017-12-22) |
---|
Apabila Dr. Tong tiba-tiba membuat pengumuman untuk meletakkan jawatannya, M.A.T.A. mengesyaki ada sesuatu yang berlaku kepadanya dan Ali dihantar ke misi pertamanya iaitu menggunakan I.R.I.S.. |
3 | "MISI: SERI" | 15 April 2016 (2016-04-15) | 29 Disember 2017 (2017-12-29) |
---|
Semasa cuba menghentikan Komeng dan orang-orangnya daripada mencuri dron, Ali bertemu dengan seorang pengacau bertopeng yang membantu dia mengalahkan mereka. Tetapi keadaan berubah setelah Ali mendapat tahu identiti pengacau bertopeng itu! |
4 | "MISI: COMOT" | 22 Julai 2016 (2016-07-22) | 5 Januari 2018 (2018-01-05) |
---|
Setelah menyelamatkan seekor kucing sesat dari dilanggar oleh sebuah kereta, Ali tersalah anggap kucing itu sebagai kucing lamanya, Labu. Oleh itu, dia berhasrat untuk membelanya sendiri. Namun, Ali tidak mengetahui yang kucing itu mempunyai motif yang tersembunyi iaitu mencuri I.R.I.S.. |
5 | "MISI: BLUEPRINT" | 29 Julai 2016 (2016-07-29) | 12 Januari 2018 (2018-01-12) |
---|
Selepas Dos dan Trez berjaya mencuri dua keping pendrive yang mengandungi blueprint I.R.I.S., ejen-ejen M.A.T.A. ditugaskan dalam misi seterusnya untuk mendapatkannya semula sebelum dinyahsulit oleh penjahat itu. |
6 | "MISI: BANGKIT" | 5 Ogos 2016 (2016-08-05) | 19 Januari 2018 (2018-01-19) |
---|
Selepas Dr. Tong dan Dr. Mala menjadi mangsa dalam kejahatan Dr. Aaron, Ali, Bakar, Alicia dan Comot perlu melindungi Dr. Ghazali dari si penjahat itu sebelum terlambat! |
7 | "MISI: PROTOKOL GEGAS" | 28 Oktober 2016 (2016-10-28) | 2 Februari 2018 (2018-02-02) |
---|
Sewaktu misi mula bermasalah, Alicia menyatakan bahawa kalau bukan kerana I.R.I.S. yang sedang dipakai oleh Ali, tentu dia akan menggunakan "Protokol Gegas". Setelah gangguan kuasa berlaku di Cyberaya, ejen-ejen M.A.T.A. telah dihantar untuk menyiasat masalah tersebut. Semasa misi itu, Ali terkejut selepas mengetahui tujuan sebenar "Protokol Gegas" daripada Bakar. |
8 | "MISI: PRESTASI" | 4 November 2016 (2016-11-04) | 2 Februari 2018 (2018-02-02) |
---|
Setelah kejadian yang tidak diingini dalam misi sebelumnya, General Rama berbincang dengan ejen-ejen M.A.T.A. serta diri Ali sendiri mengenai prestasinya. Dia juga perlu membuat keputusan sama ada Ali masih boleh meneruskan misi atau dihapuskan. |
9 | "MISI: POTENSI" | 11 November 2016 (2016-11-11) | 9 Februari 2018 (2018-02-09) |
---|
Rizwan menawarkan dirinya untuk menjadi mentor kepada Ali, jadi dia perlu melatih Ali untuk menjadi ejen yang lebih bagus, walaupun dia berasa ragu terhadap Ali. |
10 | "MISI: SENSASI" | 30 Disember 2016 (2016-12-30) | 23 Februari 2018 (2018-02-23) |
---|
Selepas video yang menunjukkan Ali menyelamatkan nyawa Aunty Faye tular di Internet, Ali mula menjadi obses terhadap populariti lalu mencipta satu profil baru untuk dirinya sebagai ejen. Namun, dia tidak tahu yang perkara itu boleh membawa bahaya yang serius kepadanya. |
11 | "MISI: BUKTI" | 6 Januari 2017 (2017-01-06) | 25 Mei 2018 (2018-05-25) |
---|
Sukar untuk mempercayai yang Bakar adalah pengkhianat dalam M.A.T.A., Ali bertekad untuk membuktikan bahawa Bakar tidak bersalah. |
12 | "MISI: UNO" | 13 Januari 2017 (2017-01-13) | 1 Jun 2018 (2018-06-01) |
---|
Uno telah menggodam ke dalam M.A.T.A. dengan misi untuk menangkap Ali. |
13 | "MISI: OVERRIDE" | 3 Mac 2017 (2017-03-03) | 8 Jun 2018 (2018-06-08) |
---|
Uno dan orang-orangnya berjaya menculik Ali dan cuba untuk memisahkan I.R.I.S. daripadanya. Ali telah bertekad untuk tidak membiarkannya jatuh ke tangan yang salah, manakala ejen M.A.T.A. yang lain cuba untuk melindungi Ali. |