Selat Magellan ialah laluan laut yang terletak pada bahagian selatan tanah besar Amerika Selatan dan pada utara Tierra del Fuego. Selat ini merupakan laluan semula jadi yang terpenting antara lautan-lautan Atlantik dan Pasifik, akan tetapi dianggap satu laluan yang sukar dilalui disebabkan angin dan arus yang tidak dapat diramal serta kesempitan laluan.
Ciri-ciri pasang surut Selat Magellan
Pada sebalah Atlantik, Selat dicirikan ombak besar semidiurnal atau separuh harian dengan julat pasang surut min dan pasang surut perbani masing-masing 7.1 dan 9.0 m. Pada sebalah Pasifik, ombak pasang surut bercampur, kebanyakannya separuh harian dengan julat pasang surut min dan pasang surut perbani masing-masing 1.1 dan 1.2 m.[1]
Terdapat tenaga keupayaan pasang surut yang amat besar di Selat.[2]